Thursday, February 9, 2012

Sedikit Tetapi Berterusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Semoga anda terus sihat, kaya dan berjaya hendaknya. Topik kali cukup menarik dan aku sendiri pun suka! Sedikit tapi berterusan biasa kita dengar di dalam melakukan perkara-perkara amal kebaikan yang mendatangkan pahala kepda kita. Walaupun ianya tidak mengalami perubahan drastik tapi sedikit demi sedikit ke arah kebaikan sudah ada. Sama juga dengan konsep kita menyimpan wang! Kita perlu malah mesti atau kata agak radikalnya, WAJIB menyimpan wang masa depan kita supaya lebih terjamin. Tak kira sedikit atau banyak. Irfan Khairi memberi cadangan, simpanan kita sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan kita! Bermakna...


Contoh Mudah :
Gaji Anda : RM2,000/sebulan
Simpanan RM2,000 x 10 % = RM200!
Baki Gaji : RM1,800
(barulah digunakan untuk bayar hutang,perbelanjaan dll)
Bayarlah untuk diri anda sendiri setelah penat lelah anda berkerja!



Tapi! Ada saja alasan yang bakal kita dengar iaitu : 

"Lambat lagik nak pikir. lek lu"

"Kalau aku simpan pun,tetap guna jugak duit tu.Kena lak ada ATM kad.Sonang je raso"

"Dari aku simpan duduk diam-diam gitu,baik aku beli sport rim kete ke, tukar smartphone ke, tukar motor ke..kurang-kurang pun aku boleh guna wat harian"

Tahukah anda, alasan-alasan seperti inilah pasti akan memudaratkan diri / memakan diri anda sendirik! Sebabnya, awal-awal lagi da setting dalam minda tak nak mula menyimpan lagi. Nah! Alhasil yang anda dapat, anda  akan mengalami kepeningan nak carik duit untuk anak-anak nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Lagi-lagi bila da masuk universiti. Mulalah tergaru-garu,terpaksa berkerja keras nak carik duit nak bayar yuran walaupun da tua. Bila rasa diri tak mampu nak tampung, terpaksalah apply pinjaman PTPTN.


Ya,mungkin anda akan kata : bolehlah cakap sebab dia ada duit manyak, bolehlah kau hidup senang, bolehlah hang peniaga emas, bolehlah kau tu mak bapak memang da kaya-raya, bolehlah...bolehlah...dan segala macam bolehlah..Ini pun menjadi masalah yang amat serius sebenarnya! Sedangkan amalan menabung boleh dipupuk sejak dari awal lagi.


Selagi mana ada alasan,selagi tulah kita takkan bergerak. Kita perlu paksakan menabung. Kadang-kala cara memaksa pun ada baiknya demi kesejahteraan kita kita jugak. 

"Simpanan apa yang lebih baik?"

Simpanan dalam bentuk fizikal seperti simpan emas dan perak. Jika tak berkemampuan beli emas, beli perak. Sebab harga perak masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga emas. Pendek kata lihat pada bajet kita jua. Jika anda berkemampuan beli jongkong perak, beli perak. Aku punya servis cukup mudah untuk memudahkan korang semua..


Contoh : 
Beli 1 aun silver bar setiap bulan
Harga : RM140/pcs*
12 Bulan : 12 pcs simpanan silver bar

Bila sudah cukup nak beli 1 Dinar :
Jual 12 aun silver bar
Belian : RM110*
Jumlah : RM1,320
Beli 1 Dinar berketulenan 916 @ rantai tangan 99 dll

*harga jualan dan belian berubah jika berlaku kenaikan emas perak rujuk http://goldprice.org/Calculators/Gold-Price-Calculators.html


Pengakuan dari seorang customer tetap aku sendiri mengatakan dia terpaksa tukarkan duit kertas untuk mengelakkan dirinya dari terus cucuk duit di mesin ATM. Pendek kata duit tu mudah sangat dicairkan. Akhirnya, dia mengambil alternatif, menyimpan emas perak dari wang gaji yang diterimanya setiap bulan. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk dia menyimpan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah ada beberapa simpanan silver bar. Jika ada bonus akhir tahun, dia simpan 1 dinar pula. Aku dengar pun cukup terharu atas tindakan yang dibuat. Setiap bulan dia akan beli 1 aun silver bar sebagai simpanannya untuk masa depannya supaya lebih terjamin.


Anda bila lagi? Ada baik jugak rupanya memaksa diri untuk menyimpan dari tak simpan-simpan! Renung-renungkanlah..Aku doakannya, anda kaya dan berjaya :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...