Thursday, February 16, 2012

Pegawai Rugi RM50,000, 45 Jongkong Perak Dicuri


Tergempar! Baru-baru ni kita dikejutkan kecurian 45 ketul jongkong perak yang bernilai RM50,000! Ya Allah! jumlah tu cukup banyak! Rumah seorang pegawai kerajaan telah dipecah masuk ketika mereka bercuti di Pulau Langkawi 18 Januari lalu. Lantas, lelaki ini membuat laporan polis mengenai musibah yang berlaku. Pihak polis sedang menyiasat perkara ini dan pihak polis berkerjasama dengan syarikat pengeluar produk ini, Public Fine Gold International Sdn Bhd. 

Ianya memudahkan untuk menjejaki perompak terbabit. Public Gold (PG) telah  membuka semula rekod jualan mereka yang pernah dibeli oleh lelaki yang berpangkat pegawai tersebut. Dan pihak PG telah menyenaraikan no siri jongkong perak yang pernah dibeli dan mengeluarkan notis kepada semua pengedar-pengedarnya supaya dilarang sama sekali membeli jongkong perak yang mempunyai no siri berikut. Jika terdapat penjual yang menjual jongkong perak dengan adanya no siri tersebut, cepat-cepatlah menghubungi pihak polis sendiri atau pihak PG!




Lihat, walaupun ada peti besi di dalam rumah, tapi itu tidak menjamin keselamatan barang berharga anda! Langganilah peti keselamatan deposit bila mana anda keluar bercuti atau kemana-mana jika mengambil masa yang lama! Peace of mind beb! Bersama-samalah kita ambil pengajaran dan iktibar perkara ni. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...