Monday, May 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab

Alhamdulillah, sedar tak sedar, kita sudah berada di ambang bulan Rejab. Bersyukurlah kita dipanjangkan umur sebelum kita bertemu dengan bulan Sya'ban dan Ramadhan. Bermakna kita berpeluang menambah amal kebaikan selagi kita masih bernafas. Disini, saya ingin kongsikan doa bulan Rejab beserta dengan maknanya supaya kita lebih faham. Tambahan ada hadisnya dan peristiwa penting dalam bulan Rejab. Kita juga disunatkan berpuasa pada hari ini. Selamat berpuasa. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dan keredhan daripada Allah s.w.t jua. Ahla wa sahlan ya Rejab...Syukur :)

Thursday, May 17, 2012

Kenali Emas

Semua orang tau yang emas ini sangat berharga. Bahkan satu dunia penduduk di bumi mengiktirafkannya. Hebat bukan? Emas tetap bernilai walaupun dalam bentuk cebisan, serbuk, ketulan-ketulan, syiling dll. Jika anda sendiri mengakui emas adalah logam yang sangat berharga, sudahkah anda menyimpan emas?

Monday, May 7, 2012

Emas Menyelamatkan Anda Dari Kemiskinan


Nak kaya bukan boleh kaya sesenang beb! Kena ada usaha nak kaya. Begitu jugak dengan emas. Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan cepat tapi boleh menyelamatkan anda dari kemiskinan dek inflasi. Mana anda mahu? Banyak kertaskah atau banyak aset?

Rugi RM411.19 Juta

Zaman sekarang ni banyak benar penipuan skim pelaburan emas. Tapi yang masuk skim tu pun bodoh benar. Sebanyak RM411.19 juta lenyap begitu sahaja. Emasnya? Emasnya tiada dalam tangan. Bukan emas fizikal. Belilah emas dapat emas. Bukan beli emas, tak dapat emas. Apa itu emas fizikal? Emas fizikal ialah emas ada di dalam tangan anda. Anda boleh pegang, sentuh, rasa malahan anda boleh gigit emas itu. Ingat! Jangan sesekali libatkan diri dalam skim cepat kayap ni. Anda sendiri yang rugi. Sebelum masuk selidik dulu syarikat tersebut :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...