Q&A Emas

Berikut adalah soalan-soalan popular yang sering ditanya mengenai emas beserta dengan jawapan mengenai persoalan tersebut :

Kenapa perlu kita simpan emas?
Tujuan kita simpan emas adalah untuk menyelamatkan nilai kekayaan kita dari dirompak oleh inflasi setiap tahun. Yang mana, jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM100 ribu,yang disimpan selama 10 tahun,dengan kadar inflasi 5-7% setahun,nombor dalam akaun memang tertera RM100 ribu tetapi kuasa membeli kita sebenarnya adalah RM41 ribu sahaja!

Apa beza emas 999,916,835 dll?
Perbezaannya ialah, ketulenan emas tersebut. Seperti emas 999 bermaksud, 99.9% kandungan emas, 916 bermaksud 91.6% kandungan emas,835 bermaksud 83.5% kandungan emas dan seterusnya.

Tak risau ke risiko kena rompak kalau ada emas banyak-banyak ni?
Segala apa yang kita buat,pasti ada risiko. Tidak kira dalam berniaga sendiri hatta ketika memandu kereta sekalipun,kita tetap berhadapan dengan risiko. Kita yang menentukan samada kita perlu berhadapan risiko besar atau pun kecil. Kita perlu mengurangkan risiko tersebut. Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, kita simpanlah emas kita di tempat yang selamat seperti peti keselamatan. Insya Allah sedikit sebanyak terjamin dan tak risau. Untuk mengetahui peti keselamatan,sila lawati laman sesawang http://www.rsdb.com.my/

Bagaimana kita nak tau emas yang kita beli ini tulen atau tipu? Yela,zaman sekarang zaman kuat menipu.
Ada peralatan yang boleh kita tahu emas itu tulen atau palsu. Seperti melakukan ujian asid keatas emas tersebut. Terdapat 2 ujian asid. Ujian yang pertama menggunakan asid 1. Ujian asid 1 melarutkan kebanyakkan logam seperti tembaga, silver dll. Manakala ujian asid 2 pula berperanan melarutkan emas.

Bagaimana pula nak tau barang kemas tulen ke tak tulen?
Sama seperti diatas. Cumanya,untuk lebih praktikal, barang kemas itu boleh dipotong untuk melihat samada ada dalamnya ada emas atau tidak. Selain daripada itu, kita boleh tau melalui bunyinya yang tidak terlalu kuat dan baunya yang tidak berbau seperti besi walaupun sudah digosok menggunakan tangan.

Tak kena zakat ke simpan emas ni?
Kena zakat! Tapi ada syarat-syarat tertentu sebelum emas dizakatkan. Untuk emas yang dipakai seperti barang perhiasan wanita, zakat emas hanyalah 800 gram. Manakala zakat emas tidak dipakai atau simpanan, zakat emasnya hanyalah 85 gram. Bermakna, zakat perhiasan adalah berat. Hampir mencecah 0.8 kilogram. Bermakna, Islam tidak membebani umatnya untuk berzakat dengan senangnya.

Pelaburan emas manakah yang terbaik?
Pelaburan emas yang tiada kos upah tukang seperti barang kemas 999, 916, jongkong emas 999.9. Tiada kos upah,hanya harga emas sahaja. Untuk barang perhiasan 916, tidak disarankan kerana, mempunyai kos upah tukang yang tinggi mengikut desain yang berbeza-beza.

Antara jongkong dan barang kemas (tanpa upah tukang), yang manakah yang terbaik?
Kedua-dua tersebut adalah terbaik sebab kedua-dua tersebut adalah emas fizikal. Namun, kedua-dua tersebut ada pro dan kontranya. Jongkong amat sesuai kepada mereka yang hendak simpan sahaja. Tiba masa nak guna duit, hanya perlu jualkan sahaja. Tetapi, kekurangan jongkong ini, ianya tidak boleh dipakai dan bila mana dijual, aset anda akan hilang. Jongkong anda sudah dipindah milik. 

Kelebihan barang kemas (tanpa upah), ianya emas fizikal dalam bentuk perhiasan. Ianya cantik mengikut cita rasa masing-masing. Kelebihannya, ianya boleh dipakai bagi kaum wanita. Bila mana anda perlukan duit tunai dengan segera tanpa banyak urusan, anda boleh tunaikan segera dengan menggunakan Ar-Rahnu. Kebanyakkan bank-bank menawarkan sistem ini. Ini memudahkan anda untuk membuat pinjaman tanpa riba'. Emas anda tetap ada cuma dicagarkan kepada pihak bank.

Apakah hukum jual beli barangan kemas daripada emas dan perak?
Sila baca Reaksi Terhadap Pandangan Ibn Taymiyyah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...