Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anda semua! Sedar atau tidak,kita sudah berada di penghujung tahun 2010 dan di ambang tahun baru 2011.Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkau tahun baru,umur baru,azam baru,impian baru,strategi baru,matlamat baru dll..

Dikesempatan masa yang ada pada hari ini,hari Jumaat 31/12/2010 bersamaan dengan 25 Muharam 1432 Hijrah,kami di KSP Gold Trading Enteprise ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011! Semoga tahun 2011 ini lebih baik dari tahun 2010.



Apakah azam anda untuk tahun baru 2011 nanti? Bagi mereka yg sudah merealisasikan azam 2010,tahniah! Bagi mereka yg tidak sempat untuk merealisasikan azam 2010 yg lalu (aku jugak.hehe) ,jangan rasa kesal dan sedih. Bawa kehadapan azam tahun lepas ke hadapan.Cubalah untuk direalisasikan pada tahun 2011 ni! Rancanglah dengan sebaiknya.. Biarlah kita banyak merancang,sekurang-kurangnya kita ada target. Dari mereka yg tak rancang, pasti tersasar.Ingatlah,kita yg merancang tetapi yg menentukan hanyalah Allah s.w.t. Dan pastinya, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh!

Bagi anda yg masih tercari-cari apakah perniagaan atau pelaburan yg best, saya cadangkan anda berniaga emas dan mendapat keuntungan yg lumayan seperti peniaga-peniaga di luar sana. Hanya bermodalkan RM1,000 sahaja,sudah boleh jalan..tapi emasnya dapat sikitlah.Anda akan dapat adalah,penimbang emas, teropong emas, bimbingan serta harga emas yg murah dari harga pasaran!

Bagi mereka yg berminat emas dan ingain menjadikan alternatif pelaburan selain wang kertas,anda tetap mendapat harga yg murah dari pasaran! Kaliskan harta anda dari dimakan inflasi setiap tahun. Seperti contoh :

RM100,000.00 disimpan didalam bank pada tahun 2000.

5-7% inflasi naik setiap tahun.

Genap 10 tahun yakni pada 2010, semak semula memang jumlah wang anda sebanyak RM100,000.00

TETAPI!

Kuasa membeli kita hanyalah RM41,000.00 SAHAJA!!

YA! Itulah hakikatnya!! Mari kita simpan emas bagi mengakis dari ditelan inflasi atau dirompak oleh inflasi. Berminat? Hubungi saya di 013-2955679 @ 017-6323800 =D











Sunday, December 26, 2010

Rekod Kewangan Kita Di CCRIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sudi membaca blog aku.Aku amat menghargainya.Posting kali ini adalah mengenai pengalaman terbaru aku dalam tajuk nih.

Aku sekarang sedang memohon loan untuk membeli rumah kos sederhana di Seri Angkasa,Seksyen 27,Shah Alam.Setelah selesai aku bagi dokumen yg diperlukan oleh pihak bank,tak lama kemudian,orang bank call aku untuk tanya perkara yg berkaitan.Macam-macam dia tanya,da bapa lama keje? pernah x wat personal loan? dll.Sehingga suatu hari,orang sana call.Dia tanya aku..

Pihak Bank : "En. Hafiz pernah buat loan sebelum ini sebanyak 2k ke?

..Aikkkk?? pelik kebebenor bunyinye..x pernah lak aku wat loan rumah sebelum ni..aku pun cakap...

Aku : Eh,x pernah2 sy wat pinjaman sebelum ni Cik.Ini adalah kali pertama sy wat pinjaman bank untuk beli rumah pertama nih..(jawab aku dgn seyakinnya)

Pihak Bank : Oo..tapi,kami semak,En.Hafiz pernah wat pinjaman sebelum nih..

Aku : Pulak! Begini Cik,sy memang tak pernah wat pinjaman lain.Ini adalah pinjaman pertama saya nak beli rumah...

Pihak Bank : Ooo..ok.x mengapa En. Hafiz.Thank you..

Aku : Orait.Most welcome..

Lantas,aku pun maklumkan kepada abg sulu
ng aku,Mohammad Syahman yg mana dia merupakan seorang pelabur yg main bidang hartanah ni.Kebetulan jugak,abg aku de join untuk 4 Langkah Mudah Untuk Jadi Hartawan Hartanah yg dianjurkan oleh Tuan Bri.Dia pun tujukan hal ini kepada otai hartanah.Dari jawapan yg diberikan,aku dapat simpulkan disini ialah :

"Jika kita ada emas dan pernah melakukan Ar-Rahnu di bank-bank yg menawarkan Ar-Rahnu,nama kita akan tersenarai dalam CCRIS iaitu CUSTOMER CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM.Ianya menjadi sumber rujukan terpenting di kesemua bank-bank di Malaysia.Dari situ jugaklah,pihak bank boleh tahu berapa banyak korang berhutang.Jenis hutang macam kereta ke,motor ke,rumah ke,kad kredit ke.Pastu diorang boleh tau cara komitmen bayaran setiap bulan kita.Adakah kita bayar setiap bulan dengan cantik atau buruk.Kot2 ada tunggakan kereta sampai 3-4 bulan."

Menurut abg aku,org bank call sekadar nak tau sahaja.Macam emas tiada masalah sangat sebab tempoh bayaran semula adalah 6 bulan.Selasai 6 bulan bayaran,rekod kita adalah bersihhh...hihi..tak macam pinjaman yg kena bayar setiap bulan seperti contoh kad kredit,short je 1 bulan tak bayar,masuk je 2 bulan,org bank akan call tanya bila nak bayar..jadinyadisplinkan diri kita untuk bayar hutang bank.Itu aje..

Insyaallah,loan rumah aku berkemungkinan/harapan cerah boleh lulus...Amin ya rabbal alamin..Ayuh kawan2,mari kita kumpul aset dari liabiliti seperti beli rumah,emas dll aset.Ingatlah,aset bermakna sesuatu yg akan naik nilainya pada masa depan.Manakala liabiliti merupakan sesuatu yg akan susut nilainya kelak..renung-renungkan dan selamat beramal..hehe..macam Prof Izzi la plak =D














Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.Semoga anda ceria-ceria selalu.Tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam,1432 Hijrah kepada anda semua.Semoga kita berhijrah dari kurang baik kepada yang baik,yang baik kepada yang lebih baik.Begitulah seterusnya.Sedar tak sedar,umur kita semakin meningkat setiap tahun.

Pernahkah kita memikirkan apakah yang semakin jauh dan semakin dekat dengan kita?Ya,betul jawapan anda.Masa semakin lama semakin jauh dengan kita manakala MATI itu sudah semestinya semakin hampir dengan kita.Oleh itu,bersama-samalah kita mempersiapkan diri untuk disana.Jadikan di dunia ini,sebagai tempai kita berkebun dan mendapat hasil serta pulangan kita di akhirat kelak.

Salam Ma'al hijrah semua =D

Pada 3,4,5 Disember baru-baru ni,Mak Busu aku yaitu Makcik bongsu sebelah arwah ayah aku di Negeri Sembilan Darul Khusus, telah selamat dinikahi oleh seorang lelaki pilihan hatinya dari nogori Melako Bandaraya Bersejarah.Kemudian disusuli pula kenduri kahwinnya pada hari Ahad.Meriah juga perkahwinan orang kg disana.hehe..seronot beb!

Bergambor dongan pengantin dan sedara-mara yg lain =D

Kebetulan masa aku duduk melihat kerenah tetamu-tetamu yg hadir,datang seorang makcik yg jugak sedara-mara aku yg nak jual rantai leher jenis emas paun yakni berketulenan 835.Alhamdulillah,sambil-sambil datang sini,dapat rezeki daripadaNya..Syukur =)


Hayatilah doa awal dan akhir tahun=D

Alhamdulillah,pada Isnin malamnya,aku dengar tazkirah mengenai kupasan lebih lanjut apa itu HIJRAH.Bila aku dengar tazkirah tu,timbul rasa semangat untuk tahun baru ni.Aku pasangkan niat baru dan impian yg perlu dilaksanakan.Apa yg penting,kita perlu ada target! Jadi,apa target anda untuk tahun baru ini? Nak jadi pengedar emas ditempat anda sendiri? Boleh! tiada masalah! Amat dialu-alukan. Hubungi aku di talian 013-2955679 / 017-6323800 =)




















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...