Tuesday, January 17, 2012

Royal Safe Deposit Box (RSDB)

Setelah jenjalan cari peti keselamatan di SDB di Summit, singgah untuk survey jap Royal Safe Deposit Box (RSDB) di Mentari Business Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Agak sibuk lagi sesak datang sini naik kereta. Aku prefer naik motor lagik dari naik kereta sebab jem. Tempatnya dekat tapi bila mana da jem,tempat dekat jadi lamaaa gitu..RSDB ni terletak satu bagunan dengan opis Public Gold (PG) cawangan Sunway. PG ada join venture dengan RSDB untuk simpan stok emas fizikal diorang disini.Senang koje..selamat pun selamat..hihi

Ini pintu masuk RSDB di tingkat bawah sekali. Senang korang nak berurusan. Tak perlu panjat tangga. Turun dari kereta,terus masuk.Alamat : 42A-1 Jalan PJS 8/6, Mentari Business Park,46150 Bandar Sunway, Petaling Jaya.


 Pun sama,ada 5 pilihan kotak keselamatan yang ditawarkan. Dari sekecik kotak sehingga segabak. Kalau korang banyak barang berharga nak simpan, better amik yang besar teruss..


Ini rates harga bagi RSDB. Ianya agak mahal tapi cover insuransnya cukup besar iaitu RM100k untuk satu kotak. Tak kira la kecik ke besau.Berbaloi-baloi tuu..RSDB menawarkan pelan sehingga 5 tahun ko! Puas hatila..walaupun beribu tapi untuk sekali sahaja..kena bayar balik semula 5 taon akan datang..macam-macam oo boleh berlaku lima tahun..mungkin aku da kahwin kot..haha



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...