Monday, October 24, 2011

Fakta Dari AKPK

2 gambar menggambarkan 1001 mesej yang disampaikan

 Wujudnya AKPK sedikit sebanyak membantu mereka



Dimanakah anda?

Mampukah kita mengurangkan hutang?

atau

Hutang terus bertambah?

Fikir-fikirkan

Yang penting berhutang mengikut kemampuan bajet anda!



Saturday, October 1, 2011

Pemilihan Lokasi Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera=D
Disini aku nak berkongsi sedikit apa yang ada sekitar apartment aku di Seri Angkasa, Seksyen 28, Shah Alam. Tapi sebelum tu, pemilihan lokasi amat penting supaya market value (mv) rumah kita cepat meningkat...lokasi mestilah strategik dan yang paling penting, mudah untuk dapatkan keperluan harian..kalau jauh pun payah jugakkan? Aku cukup puas hati lokasi rumah aku beli sebab apa? hehe..inilah sebabnya :

  1. Kafa Integrasi Darul Quran
  2. Kedai Bingkai GambarDan Cermin Mata
  3. Kedai Serbaneka
  4. Kedai SINGER (menawan keluarga bahagiaaaa...)
  5. Kedai Makan 24 Jam
  6. KFC
  7. Seven Eleven (7-11)
  8. Kedai Dobi.
  9. Kedai Kaca Mata
  10. Kedai Komputer
  11. Kedai Kek
  12. Cosway
  13. Avon
  14. Kedai Baju Karnival
  15. Kedai Salun Dan Dandan
  16. Klinik Aman
  17. Kedai Gambar
  18. Kedai Tayar
  19. Kedai Handphone
  20. Kedai Buku
  21. Pusat Tuisyen
  22. Kedai Air-Condition
  23. Guardian
  24. Kafe Siber
  25. Kedai Perabot
  26. Klinik Shah Alam
  27. Kedai Gunting Rambut
  28. Speedmart
Jenuh gak aku round satu taman dan ambil catatan apa yang ada di sekitar Seri Angkasa..tapi tersangatlah puas hati aku..haha..Nampak? Serba lengkap ada..senang nak cari keperluan harian..setakat makanan dan minuman bagi aku,tiada masalah..sebab aku suka makan..hihi..Jadinya,lokasi tu amat penting! Sebelum beli rumah, buat survey dulu..

Lokasi! Lokasi! Lokasi! =)


Sunday, August 28, 2011

Peratusan Yang Cukup Berbeza

Tahukah anda bahawa peratusan harga emas adalah tidak sama dengan perak? Ya! memang tidak sama langsung! Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri..Apakah kelebihannya? Lihat gambar dibawah :


Peratus kenaikan emas untuk tempoh 1 hari, 30 hari, 6 bulan, 1 tahun dan 5 tahun
Tungguu!!!..bandingkan yang ini :
Peratus kenaikan perak untuk 1 hari, 30 hari, 6 bulan, 1 tahun dan 5 tahun
Bagaimana? Tersangat bezakan?? hihihi..pasti anda tertanya,logam mana satukan yg untung untuk disimpan? Jawapan aku...
"Lebih untung anda simpan kedua-dua logam,emas dan perak..dapat dua-dua kelebihan daripadanya..peratusan memang berbeza tapi,dari aspek lain,peratusan kenaikan emas tak banyak tapi nilaian MYR cukup tinggi berbanding perak..peratusan tinggi tapi nilaian MYR rendah.."
Anda pasti akan cakap "lahh...baik simpan emas aje.."

Contoh emas 1 gram PAMP SUISSE
Jawapan aku "simpan dua-dua sebab,sampai satu masa,harga emas akan sampai RM300/gm!! Dan tidak semua orang mampu beli ketika itu...pada masa itu,mereka akan mencari alternatif pelaburan yg lain yag jauh lebih murah daripada emas..apakah itu? Perak! ya,perak! Oleh itu mari kita simpan emas dan perak dari sekarang! =)

Contoh perak Silver Towne 1 ounce (31.10 gram)
P/S : Fast Action, Fast Result!

Sunday, August 14, 2011

Produits Artistiques Métaux Précieux (Artistic, Precious Metals Products)


Produits Artistiques Métaux Précieux (artistic, precious metals products), better known as PAMP, is the world's leading independent refiner of precious metals, and unquestionably the most prestigious. It is said that the notion of 'art' suggests the search for excellence, and that in turn, perfection is most often achieved through change. PAMP couldn't agree more, and so takes a unique approach to its mission: Perform to the highest quality standards. Lead progress through innovation. Over the years, PAMP has taken great care to build an exceptional reputation. And that is precisely why we are so committed to enhancing yours.



Saturday, August 13, 2011

Emas Tak Naik Sebenarnya...Tapi...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anda semua! Semoga puasa kita pada tahun ini,1432 Hijrah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan puasa penuh yer =)

Hafiz : Aku nak kasi tau yang emas ni tetap..dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga sekarang,tetap sama atau bahasa omputihnya,constant...."
Sahabat : "Tetap?? Dah tu,yang harga emas naik tuh macam mana lak?Melambung-lambung tingginya..tu pun ko kata tetap???
Hafiz : Secara zahirnya,ko akan nampak nilainya naik bukannya tetap..tapi! jangan tertipu!
Sahabat : Hah? Jangan tertipu?? Macam mana tuh? kasi ler pencerahan skit?
Hafiz : Boleh. Begini,emas kalo ko simpan 10 gm selama 5 tahun contohnya. Adakah emas ini akan beranak menjadi 25gm? 20 gm??
Sahabat : Oit! 10 gm laaa...takkan boleh beranak kott..hagak2 ler!
Hafiz : Yup! Nilai emas naik disebabkan jatuhnya nilai mata wang kertas! Bila jatuh,nilai emas akan naik dan menjadi mahal! Pendek kata,semakin jatuh nilai mata wang kertas,makin mahallah nilai emas! Dibawah ni,aku sertakan sekali graf emas,graf mata wang kertas pelbagai negara.

perbandingan nilai sebenar emas dan duit kertas

Graf yang cantik (persilangan 'X')
Sahabat : Erm...aku da nampak da sekarang...begitu rupanya...duit kertas bukanlah kekayaan yang sebenarnya..sebaliknya emas adalah kekayaan sebenar! Rugi rasanya simpan duit kertas lelama..semakin susut dan...kita akan semakin miskin...
Hafiz : Kekayaan kita dirompak teranga-terangan oleh inflasi!
Sahabat : Inflasi? Pernah dengar tapi tak berapa jelas..
Hafiz : inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa. Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

Sahabat : Baguslah ko memang hebat!! Tau semuanya!

Hafiz : Mana ada hebat.Tu semua aku baca dan copy dalam wikipedia..ko taip ler INFLASI then keluar cerita detail mengenainya..cuma...

Sahabat : Kenalah rajin membacakan??
Hafiz : Yezza! Itu sudah semestinya! Rajin membaca,banyak ilmu yang dapat..bangsa berjaya, bangsa membaca..

Monday, July 25, 2011

Rumah Dapat, Duit Pun Dapat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera dari aku untuk korang..

Alhamdulillah setelah 3 bulan menunggu proses jual beli rumah pertamaku di Sri Angkas Seksyen 27, Shah Alam akhirnya berjaya! Alhamdulillah ya Allah.Yang terbestnye,siap dapat cek lagi!..perghhh...da la beli rumah,siap dapat duit gitu..apa rahsianya? Hehehe...rahsianya..aku beli rumah tu dibawah harga pasaran semasa..rege pasaran RM120k tapi leh dapat RM85k..dengan bermodalkan kurang dari RM5k, aku dapat rumah dan duit..dapat la balik modal..berlipat-lipat gak la..hehe..aku beli pun sebab aku di-suggest-kan oleh brader sulong aku, Syahman. Dia memang berpengalaman main pelaburan hartanah nih..banyak ilmu-ilmu hartanah dia kongsikan pada aku..pro dan contranya dll..tqvm my bro..Insyaallah,next step aku kene selesaikan urusan tukar nama,penyelenggaraan, cecukai dll..banyak kerja skit kalo korang main rumah tapi, kalo sekali makan, memang kenyang beb!..hehe


pintu masuk ke Sri Angkasa

Jom kawan2 semua! Ayuh simpan aset berbanding liabiliti. Rancang wang dari sekarang =)


Sunday, June 12, 2011

Kos Haji Berkurang Dengan Simpan Dinar

Kos poie haji boleh kurang??? Macam tak caye aku..Benarrr sama sekali..Bagaimana?? Begini..Aku nak bagi perbandingan dekat korang. Baca dan fahamilah ia..Ada 2 iaitu :
  1. Dalam bank ada RM100K dan disimpan selama 10 tahun. Lepas 2010,jenguk balik buku bank memang tercatat RM100k tetapi! Tetapi purchasing power (kuasa memebeli) korang hanyalah RM41k sahaja!!! What?? Are you serius?? Yes! I am serious!
  2. RM100k tu,korang bahagikan dua bahagian.RM50k pi simpan diam2 dalam bank dan RM50k lagi pi beli dinar emas.Tengok balik selepas 10 tahun.Rm50k tunai dalam bank semakin dikikis inflasi manakala RM50k beli emas tadi semakin berganda..wow! Alhamdulillah...aku tak hilang separuh kekayaan aku..
Persoalannya,kenapa situasi 1 sangat berbeda dengan situasi 2?? Ini adalah sebab INFLASI!! Nilai mata wang kertas jatuh...nilai emas naik...maka,kos haji semakin berkurangan dengan menyimpan dinar..Korang nampak??? Disitulah keadaan kita sekarang..Disini,aku sertakan sekali faktanya bagi menguatkan hujah aku..Supaya korang boleh duduk dan berfikir sejenak..ermm..Jadi,renung-renungkan dan selamat beramal =)


Kos semakin berkurang dari tahun ke tahun

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...