Saturday, August 13, 2011

Emas Tak Naik Sebenarnya...Tapi...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anda semua! Semoga puasa kita pada tahun ini,1432 Hijrah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan puasa penuh yer =)

Hafiz : Aku nak kasi tau yang emas ni tetap..dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga sekarang,tetap sama atau bahasa omputihnya,constant...."
Sahabat : "Tetap?? Dah tu,yang harga emas naik tuh macam mana lak?Melambung-lambung tingginya..tu pun ko kata tetap???
Hafiz : Secara zahirnya,ko akan nampak nilainya naik bukannya tetap..tapi! jangan tertipu!
Sahabat : Hah? Jangan tertipu?? Macam mana tuh? kasi ler pencerahan skit?
Hafiz : Boleh. Begini,emas kalo ko simpan 10 gm selama 5 tahun contohnya. Adakah emas ini akan beranak menjadi 25gm? 20 gm??
Sahabat : Oit! 10 gm laaa...takkan boleh beranak kott..hagak2 ler!
Hafiz : Yup! Nilai emas naik disebabkan jatuhnya nilai mata wang kertas! Bila jatuh,nilai emas akan naik dan menjadi mahal! Pendek kata,semakin jatuh nilai mata wang kertas,makin mahallah nilai emas! Dibawah ni,aku sertakan sekali graf emas,graf mata wang kertas pelbagai negara.

perbandingan nilai sebenar emas dan duit kertas

Graf yang cantik (persilangan 'X')
Sahabat : Erm...aku da nampak da sekarang...begitu rupanya...duit kertas bukanlah kekayaan yang sebenarnya..sebaliknya emas adalah kekayaan sebenar! Rugi rasanya simpan duit kertas lelama..semakin susut dan...kita akan semakin miskin...
Hafiz : Kekayaan kita dirompak teranga-terangan oleh inflasi!
Sahabat : Inflasi? Pernah dengar tapi tak berapa jelas..
Hafiz : inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa. Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

Sahabat : Baguslah ko memang hebat!! Tau semuanya!

Hafiz : Mana ada hebat.Tu semua aku baca dan copy dalam wikipedia..ko taip ler INFLASI then keluar cerita detail mengenainya..cuma...

Sahabat : Kenalah rajin membacakan??
Hafiz : Yezza! Itu sudah semestinya! Rajin membaca,banyak ilmu yang dapat..bangsa berjaya, bangsa membaca..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...