Sunday, June 12, 2011

Kos Haji Berkurang Dengan Simpan Dinar

Kos poie haji boleh kurang??? Macam tak caye aku..Benarrr sama sekali..Bagaimana?? Begini..Aku nak bagi perbandingan dekat korang. Baca dan fahamilah ia..Ada 2 iaitu :
  1. Dalam bank ada RM100K dan disimpan selama 10 tahun. Lepas 2010,jenguk balik buku bank memang tercatat RM100k tetapi! Tetapi purchasing power (kuasa memebeli) korang hanyalah RM41k sahaja!!! What?? Are you serius?? Yes! I am serious!
  2. RM100k tu,korang bahagikan dua bahagian.RM50k pi simpan diam2 dalam bank dan RM50k lagi pi beli dinar emas.Tengok balik selepas 10 tahun.Rm50k tunai dalam bank semakin dikikis inflasi manakala RM50k beli emas tadi semakin berganda..wow! Alhamdulillah...aku tak hilang separuh kekayaan aku..
Persoalannya,kenapa situasi 1 sangat berbeda dengan situasi 2?? Ini adalah sebab INFLASI!! Nilai mata wang kertas jatuh...nilai emas naik...maka,kos haji semakin berkurangan dengan menyimpan dinar..Korang nampak??? Disitulah keadaan kita sekarang..Disini,aku sertakan sekali faktanya bagi menguatkan hujah aku..Supaya korang boleh duduk dan berfikir sejenak..ermm..Jadi,renung-renungkan dan selamat beramal =)


Kos semakin berkurang dari tahun ke tahun

Tuesday, May 17, 2011

Kurang Tapi Cukup?

Pernahkah korang berbelanja melebihi pendapatan yg diterima setiap bulan setelah berkerah tenaga untuknya? Ya,semestinya pernah! Disaat itulah ramai yg mengeluh itu ini..segalanya serba tak cukup..macam2 yg perlu dilangsaikan..erm..aku sendiri dengar pun seram sejuk..aish...Aku pun tak nafikan,memang banyak pakai duit lagi2 kita sebagai rakyat Malaysia yg mana Inflasi sentiasa naik..Aku pun turut sama kene tempiasnya..hihi..gaji aku pun kecil.Jadi,terpaksalah kena cari alternatif lain untuk menambah pendapatan tuk meneruskan kelangsungan hidup..

Disini aku ingin kongsikan kpd korang bagaimana aku rasa kurang tapi pada waktu yg sama aku rasa cukup.Pelikkan bunyinya??Ajaib tu..wat lawak ke pis??hihi..Ini bukan bahan lawak beb! Ini betul2.. Pertama sekali,aku nak tau jugak kemana perginya duit aku tu..habis tang mana...yg berfaedah atau tak..kita jejak kemana ia menghilang..bolehkah? Tapi macam mana ek? Begini..

  1. Amik kertas kajang,kemudian lipatkan dua..kemudian korang tuliskan setiap apa benda yg korang belanja dari sekecil2 barang sehinggalah sebesar2 barang..Walaupun cara ni agak leceh,tapi ianya amat berkesan.Disitu tahulah sebab apa duit habis cepat..hihi
  2. Sesapa yg guna hp yg ada fungsi nota,gunalah! Bagi aku ianya penting..Selesai beli barang,cepat2 belek hp dan taip apa yg korang beli tadi..
  3. Rerajinkanlah membaca buku yg berkaitan tentang pengurusan kewangan..Sesuai sangat korang baca..kekadang terkena batang idung sendirik..haha
  4. Belajar daripada pengalaman orang lain dan pengalaman sendirik..agak2 tak mampu nak beli cash/tunai,simpan skit setiap bulan.Cukup masa, rembat!!
Lagi satu,Korang pi sambung belajar..hah?? biar betul?? belajar banyak pakai duit tuh!! Memang pun! Sapa kata takbanyak pakai duit..Aku sendrik pun belajar separuh masa.Sepenuh masaku adalah bekerja..Alhamdulillah...sepanjang aku belajar,aku langsung tak amik PTPTN..sebab,nak elakkan hutang! Ditambah lak bunganya yg cukup tinggi! Aku kalo boleh nak jauhkan hutang2 ni..walaupun ianya satu kemudahan yg disediakan oleh kerajaan Malaysia..Aku bukanlah anti sangat dengan pinjaman nih..Apa2 pun mengikut masa dan keadaan seseorang jugak...kalo kawan sorang tu mmg tak mampu nak sambung belajar,better amik pinjaman..

Wat pinjaman tuk belajar adalah pinjaman yg baik..yang mana iannya memberi pulangan pada masa kelak.Pinjaman yg tidak baik adalah degan meng'up' grade kereta sedia ada kepada kereta yg lebihhh meeewaaaaahhhh...berat2..padahal duit tu leh gunakan tempat lain..jadi,renung-renugkan dan selamat beramal!!!

Buat pecahan duit gaji kita seperti diatas.Setiap cabang daripadanya menjalankan peranan yg penting!! Bertindaklah sekarang! Fast Action, Fast Result!



Sunday, May 8, 2011

Kenaikan Harga Pasaran

Harga pasaran kedai emas Semalaysia telah naik dari 999=RM172 kepada RM177 ,manakala 916=RM162 kepada RM167! Walaubagaimanapun, kami di KSP Gold Trading memberi jaminan bahawa harga kami adalah rendah dari harga pasaran.




Dapatkan emas pada harga yang murah.Kenapa perlu bayar lebih untuk ketulenan yang sama? Silakan membeli..Hubungi saya Muhammad Hafiz Bin Abu Hasan, 013-2955679 @ 017-6323800

Monday, March 14, 2011

Usah Pandang Syiling Sebelah mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.Semoga anda ceria dan sihat selalu. Posting aku kali ni ialah nak berkongsi kepada anda tips-tips untuk menyimpan duit.Walaupun tak banyak,tapi lama kelamaan banyak jua. Tips-tips ini juga ianya agak praktikal bagi korang dan aku sendiri pun da melaksanakan juga.
Bagaimana ya?
Mudah! Cukup mudah! Semudah A B C…hehe..
Tips ini dinamakan tip “BUDAK SEKOLAH. Sebagai contoh :
Membeli air minuman kotak berharga RM1.20 kemudian anda mengeluarkan not RM 2 dan membayarnya.Baki yg anda perolehi adalah sebanyak RM0.80. Selalunya kita akan mengeluh :
”buat berat je bawa duit syiling dalam dompet aku nih..haish”
Balik je rumah,duit syiling tadi anda letak ntah kemana..merata-rata tempat.Kemudian,anda bercadang untuk menyimpan duit syiling yg anda dapat itu dengan menyediakan tabung khas.Setiap hari,anda menyimpan duit syiling tak kiralah nilai berapa pun dari sekecil-kecil nilai 10 sen sehinggalah sebesar-besar nilai 50 sen..Dan..
Anda pula berterusan melakukan setiap hari…
Sehinggalah genap 1 bulan,anda korek semula syiling di dalam tabung tu..Anda pasti terkejut dengan jumlah syiling yg banyak..Kira punya kira,syiling yg korang kumpul secara konsisten itu mampu mencecah ratusan ringgit!! Sungguh?? Ya! Sungguh sama sekali!!
Sedikit leceh sebab korang kena kira duit siling tu.Jenuh la jugak…Tapi kalau korang malas nak kira jumlahnya,bawa saja duit syiling tu pergi ke bank suruh diorang kirakan.Bank ada alat khas nak kira syiling korang tu.Lagi mudah! Cuma pihak bank akan kenakan sedikit bayaran atas proses tersebut.Berapa ringgit tu,aku sendiri tak pasti.Sebab aku malas nak pi hantar kira di bank.Kebiasaannya aku kira sendiri.Lagi cepat!
Mulakan menabung dari sekarang! Usah tangguh-tangguh lagi!Kalau da cukup masa nak beli emas, lawati saja blogshop aku di http://emasgram.blogspot.com/


Duit syiling aku simpan sebelum ni.Alhamdulillah,dapat la RM64.Banyak tu kalau konsinten kita buat.Pastu pi la tukar mana-mana.Kalau nak mudah,pergi kantin sekolah.Diorang memang nak sangat guna duit syiling nih, kedai-kedai runcit, bank dan lain-lain..Macam aku memang mudah nak tukar pasal aku bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta..Sapa-sapa jadi guru diluar sana,gunakan manfaat ini =)



Friday, February 4, 2011

Paksa Diri Untuk Menyimpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua=)
Semoga anda mula atau berterusan menyimpan aset terunggul yakni EMAS PERAK!

Posting kali ini aku nak berkongsi sedikit cara yang aku rasa ianya agak praktikal untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.Insyaallah.

Sambung belajar merupakan satu perkara yang baik untuk masa depan anda. Secara zahirnya, tujuan untuk sambung belajar adalah untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik lagi selesa dengan adanya perubahan tangga gaji. Namun pastikan tujuan ini bukanlah tujuan utama dan pertama anda sambung belajar. Tujuan yang utama dan pertama ialah ilmu yang  anda dapati sepanjang tempoh pembelajaran di universiti mahupun kolej.


Ada mereka sambung belajar dengan berhutang atau tidak berhutang. Berhutang ada dua jenis iaitu :
  1. Hutang yang baik : Sambung belajar ke peringkat tinggi,beli rumah, tanah dll
  2. Hutang yang buruk : Menukar kereta yang sedia ada kepada kereta yg lebih mewah, sentiasa update telefon dari masa ke semasa, membayar hutang yang lain (gali lubang baru) dll.
Tahniah! Anda berada nombor satu! Hutang yang baik ialah yang akan memberi pulangan untuk jangka masa panjang. Kebanyakkan mereka yang kurang berkemampuan, pastinya akan berhutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), MARA, dll. Namun apakah cukup dengan duit PTPTN tuh?

"Bapa sen yang tinggal kalau tolak duit yuran,hostell,buku,dll..aisehh..kering poket aku"

"Habis duit PT aku. Makan mee segera la jawab nyerr"

Itu adalah keluhan-keluhan yang kerap kali kita dengar. Namun,apakah duit PTPTN yg anda dapat akan terus habis setelah tolak itu ini? Pasti ada lebihkan? Mustahil PTPTN bagi tidak lepas duit yuran. Paksakan diri anda untuk SIMPAN!

"Ala,kalu simpan pon,lum tentu boleh bertahan lama..korek jugak nanti"

"Bukan senang nak simpan. Macam-macam nak kena bayar"

Itu semua adalah ALASAN! Sekali lagi, ALASAN! Nak simpan atau tak nak? Itu je sebenarnya..Nak ke,tak nak? Kalu nak,bagus! Anda tidak memberikan alasan. Tapi,jika tak nak, anda mencipta alasan. Apa salahnya simpan sedikit duit yg dapat..takkan sedikit tak bolehkan? Kalau anda boleh simpan RM660 lagi bagus..banyak lagi baik..tiada masalah. Bagi mereka yang suka berboros beli barang2 untuk aksesori laptop anda.Aku cadangkan ketepikan duit sikit untuk beli 1 dinar. Harga lebih kurang RM600 lebih (sejak artikel ini ditulis). Bila duit da ditukarkan kepada EMAS,korang pasti susah nak pakai duit untuk beli barang pasal kedai terima RM je..

Amacam? Ada barani saudara dan saudari sekalian?

Bayangkan anda konsinten beli 1 semester 1 Dinar sehinggalah habis belajar (12 semester),anda da ada 12 Dinar! Sekali lagi ulangan suara,anda sudah ada 12 Dinar!!! Menarik bukan? =)

Kenal emas perak, WAJIB kenal KSP Gold Trading (SA0166394-H)!



Thursday, January 20, 2011

Kelebihan Dan Keistimewaan Dinar Emas

Dinar Emas
Penggunaan mata wang emas dan perak atau disebut dinar dan dirham telah dipersetujui dalam kalangan bangsa-bangsa yang maju dan bertamadun kerana kedua-dua logam ini mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.

1)Mata Wang Berbentuk Komoditi.
Mata wang emas merupakan satu mata wang komoditi yang berfaedah dan dihargai oleh orang ramai kerana ia boleh digunakan untuk tujuan penggunaan atau perhiasan. Ia juga diiktiraf oleh ahli arkeologi sebagai simpanan kekal yang berharga untuk sepanjang zaman.

2)Mempunyai Nilai Yang Benar Dan Tetap.
Mata wang emas atau mata wang token mempunyai nilai benar yang diakui oleh manusia. Kepingan-kepingan emas dan perak sukar dipalsukan kerana keistimewaan yang wujud pada kedua-dua logam tersebut seperti warna, dengung bunyi dan kekerasannya. Emas juga dikatakan mempunyai kilauan kilat yang istimewa di mana ia tidak boleh dihilangkan walaupun diuji dengan asid yang kuat. Abu Hayyan al-Dalusi iaitu penulis Bahrul Muit menyatakan :

"Emas dan perak ialah harta yang paling bernilai,ini kerana sesiapa yang memilikinya mungkin mempunyai harta lain. Dan digunakan untuk memenuhi keperluan manusia..."

3) Bebas Dari Inflasi
Mata wang Islam,khusus kepada wang emas merupakan barang dagangan yang tidak boleh di"gelembubg"kan. Harga emas juga boleh turun naik seperti barang dagangan lain. Walaubagaimanapun, turun naiknya nilainya tidaklah terlampau ketara dan biasanya kurang daripada lain-lain barang dagangan. Ini beerti pengelembungannya kekal sifar. Wang yang sebenar ialah wang yang tulen nilainya merupakan satu-satunya cara untuk menghapuskan inflasi. Inflasi bermaksud kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa tertentu.

Profesor Umar Ibrahim Vadillo pernah berkata:
" Kita harus faham bahawa apabila kita membuat satu perjanjian (kontrak) Islam yang melibatkan pembayaran wang tertunda, seperti pinjaman, kita kata ia mestilah 'sama nilai untuk sama nilai' satu aspek yang bank Islam namakan bebas riba'. Saya tegaskan sekali lagi hanya betul apabila mata wang yang digunakan itu tulen seperti dinar dan dirham atau pun lain-lain barang dagangan yang digunakan sebagai perantaraan pertukaran, ia tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan wang kertas yang sentiasa kehilangan nilai."

Mata wang kertas merupakan wang palsu,kerana ia tidak mampu menghalang inflasi. Berdasarkan sejarah, adalah mustahil mata wang kertas mampu menyelesaikan masalah inflasi dalam tempoh singkat.

4) Mencegah Spekulasi
Mata wang emas dikatakan dapat mencegah daripada berlakunyaspekulasi kerana berdasarkan kemantapan dan keteguhan harga berbanding dengan mata wang atau logam lain. Emas berbeza dengan mata wang lain kerana ia tidak boleh dihasilkan dengans esuka hati yang boleh menyebabkan berlakunya lebihan wang atau inflasi.

5)Wujud Kebebasan Pertukaran Emas
Apabila negara-negara dunia menggunakan mata wang kertas, ini akan mengakibatkan kebebasan pertukaran emas, sama ada mengimport atau mengeksportnya. Dalam keadaan seperti ini, aktiviti pertukaran mata wang tidak akan dipengaruhi oleh tekanan luar negara yang mana boleh mempengaruhi harga abrang dan gaji pekerja.

Oleh itu, tidak akan wujud lagi turun naik harga yang keterlaluan, sekaligus akan menghapuskan inflasi. Negara-negara akan berdagang dengan bebas dan mampu mengembangkan perdagangan dengan baik tanpa adanya gharar, spekulasi dan manipulasi mata wang. Negara yang tidak mempunyai simpanan emas yang banyak boleh membuat pertukaran (barter) hasil kekayaan negara masing-masing untuk mendapatkan barangan yang diperlukan.

6) Pertukaran Mata Wang Antara Negara Akan Stabil
Pertukaran mata wang antara negara menjadi stabil kerana tetapnya nilai emas.Ini menyebabkan meningkatnya perdagangan antarabangsa. Para saudagar antarabangsa tidak takut bersaing kerana kegiatan mata wang adalah tetap dan mereka tidak bimbang dalam mengembangkan perniagaan.

7)Percetakan Wang Kertas Akan Terhad
Dalam sistem mata wang yang bersandarkan kepada emas, bank-bank pusat dan pemerintah tidak mugkin memperluaskan peredaran wang kertas kerana secara umumnya wang kertas tersebut boleh ditukarkan menjadi emas dengan harga tertentu. Ini kerana pemerintah-pemerintah akan khuatir jika memperluaskan peredaran wang kertas tersebut akan menambahkan jumlah permintaan emas dan pemerintah sendiri tidak sanggup menghadapi permintaan tersebut.

8) Piawaian Mata Wang Dunia Hanya Bersandarkan Kepada Nilai Emas
Penggunaan emas sebagai matawang telah diperakui dan dianggarkan telah digunakan lebih 10,000 tahun lampau, iaitu bermulanya kehidupan manusia di dunia. Mmanusia memandang emas dan perak sebagai benda paling bernilai dan amat bersesuaian untuk dijadikan piawaian mata wang. Sememangnya terdapat satu pandangan popular dalam seharah kewangan dunia yang mengaitkan mata wang mengikut ukuran emas adalah lebih bernilai berbanding dengan mata wang yang tidak mengikut ukuran emas.
Apabila setiap mata wang yang digunakan di dunia dibatasi dengan piawaian berupa emas, maka ketika itu pengiriman barang dan hasil kekayaan dari sebuah negara ke negara lain menjadi lebih mudah. Sehinggalah masalah inflasi, gharar, manipulasi dan spekulasi mata wang dapat dihilangkan. Ahli-ahli ekonomi Barat juga pernah mengiktiraf piawaian yang bersandarkan kepada ukuran emas merupakan satu simbol keselamatan kewangan dunia.

9)Menyumbang Kepada Perpaduan Dan Kesatuan Umat Islam
Wang emas akan menyatukan umat Islam di seluruh dunia kerana nilainya yang sama. Satu Dinar di Kuala Lumpur akan sama dengan satu Dinar di Istanbul. Tidak akan ada lagi berdozen-dozen mata wang kertas yang menyekat perdagangan. Penggunaan mata wang dwilogam ialah penggunaan mata wang yang sihat. Emas dan perak menawarkan kestabilan, ketertiban, kebebasan dan kemerdekaan daripada manipulasi politik dan ekonomi.

10) Bebas Daripada Unsur Riba'
Dinar dan Dirham merupakan dua mata wang yang digunakan pada zaman Rasulullah s.a.w. Penggunaan emas atau perak amat penting dan Rasulullah s.a.w menginginkan setiap barang dinilai dengan wang sama ada emas atau perak. Kedua-dua logam ini menjadi piawaian harga dan pengukur nilai serta dapat mengelakkan kedua-dua barangan tersebut menjadi barang dagangan (komoditi).

Saturday, January 8, 2011

Syukur Ya Rabb..


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku samada yg aktif dan silent reader.Semoga dengan secebis ilmu dan pengalaman yang aku ada ini,bolehlah aku kongsikan kepada korang semua. Selamat datang 2011! Semua orang tersangat gembira menyambutmu.Sehinggakan sanggup datang ke KL untuk count down bersama-sama.Macam-macam da..Disebalik kegembiraan kita,janganlah kita lupa akan mereka yg menimpa musibah seperti mangsa banjir di negeri Kelantan,Terengganu dan Pahang.Bersama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t agar paras air menurun dengan cepat..Amin ya rabbal alamin..

Aku sangat bersyukur padaMu Ya Allah yg memberi rezeki kepadaku..Alhamdulillah,loan rumah aku sudah lulus oleh pihak bank.Kemudian jumpa orang bank untuk menandatangani surat offer dari bank.Tak lama lepas tu,aku pergi Bandar Puteri untuk proses guaman.Banyak ribu jugak untuk kos nih..Adalah dalam RM3,400..Kalau nak ikutkan,aku mana layak nak wat pinjaman rumah nih..hehe..tapi,macam mana aku lepas?? Nak tau?? Sebabnya,aku join vanture dengan kakak aku,Nur Sa'adah Abu Hasan..Dialah yg back-up aku tuk lepaskan loan aku tuh..

Last2,loan approve! Alhamdulillah...dapat gak beli rumah di Seri Angkasa di syeksyen 28(bukan seksyen 27,silap daa)...Pertama sekali apa yg bermain di kepala otak aku ialah :

  1. Mampukah aku nak beli rumah? Beli rumah bukan boleh wat main-main..makan banyak ribu jugak tuh!
  2. Lecehlah beli rumah nih,banyak sangat prosesnya..
  3. Gaji aku ciput je..boleh ke?
  4. Sewa sapa nak bayor? Hutang rumah makan berpuluh tahun!
Kesemua itu adalah tanggapan negatif aku sebelum aku melibatkan diri dalam bidang harta tanah.Korang jugak macam tu jugak kan? Tapi ingat,setiap apa yg kita buat,ada kelebihan dan kekurangannya..Emas ada kelebihannya dan kekurangannya..begitu juga rumah.Ada kurang dan lebihnya..Jadinya,4 perkara negatif di atas ada penyelesaiannya yakni :

  1. Yup! Beli rumah bukan boleh wat main2 woo..silap langkah,merana kita nanti.Pastikan kita memilih lokasi!,lokasi! dan lokasi! Ianya penting! wat jengukkan terlebih dahulu..ada potensi atau tidak lokasi tersebut,cukup tak kemudahan asas yg ada dan lain2.Pandai pilih lokasi,pasti menguntungkan!
  2. Itu sudah semestinya! Beli rumah ni bukan macam beli baju dan seluar.Beli hari nih,dapat hari nih..Ianya banyak proses yg perlu dilaksanakan..
  3. Kalo ciput,boleh buat loan atas dua nama.Insyaallah berhasil..
  4. Bagi yg minat untuk wat invest dalam rumah,boleh saja disewakan kepada orang lain..Tiap2 bulan penyewa yg bayarkan.Kita boleh dapat lagi duit lebihan walaupun kita tido,makan,bercuti,mahupun sakit sekalipun dll..hehe..tu yg mahal tuh! Pasif income katakan..

Pastikan segala apa yg kita buat perlulah berfikiran positif


Ayuh mulakan menyimpan aset dari sekarang tanpa berlengah masa lagi.Aset merupakan sesuatu benda yg nilainya akan naik pada masa depan.Jadi,menyimpan emas juga adalah sebahagian aset-aset yg ada di Mlaysia.Jika anda berminat tentang emas,bolehlah hubungi saya di talian 013-2955479 @ 017-6323800.






























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...