Friday, February 4, 2011

Paksa Diri Untuk Menyimpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua=)
Semoga anda mula atau berterusan menyimpan aset terunggul yakni EMAS PERAK!

Posting kali ini aku nak berkongsi sedikit cara yang aku rasa ianya agak praktikal untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.Insyaallah.

Sambung belajar merupakan satu perkara yang baik untuk masa depan anda. Secara zahirnya, tujuan untuk sambung belajar adalah untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik lagi selesa dengan adanya perubahan tangga gaji. Namun pastikan tujuan ini bukanlah tujuan utama dan pertama anda sambung belajar. Tujuan yang utama dan pertama ialah ilmu yang  anda dapati sepanjang tempoh pembelajaran di universiti mahupun kolej.


Ada mereka sambung belajar dengan berhutang atau tidak berhutang. Berhutang ada dua jenis iaitu :
  1. Hutang yang baik : Sambung belajar ke peringkat tinggi,beli rumah, tanah dll
  2. Hutang yang buruk : Menukar kereta yang sedia ada kepada kereta yg lebih mewah, sentiasa update telefon dari masa ke semasa, membayar hutang yang lain (gali lubang baru) dll.
Tahniah! Anda berada nombor satu! Hutang yang baik ialah yang akan memberi pulangan untuk jangka masa panjang. Kebanyakkan mereka yang kurang berkemampuan, pastinya akan berhutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), MARA, dll. Namun apakah cukup dengan duit PTPTN tuh?

"Bapa sen yang tinggal kalau tolak duit yuran,hostell,buku,dll..aisehh..kering poket aku"

"Habis duit PT aku. Makan mee segera la jawab nyerr"

Itu adalah keluhan-keluhan yang kerap kali kita dengar. Namun,apakah duit PTPTN yg anda dapat akan terus habis setelah tolak itu ini? Pasti ada lebihkan? Mustahil PTPTN bagi tidak lepas duit yuran. Paksakan diri anda untuk SIMPAN!

"Ala,kalu simpan pon,lum tentu boleh bertahan lama..korek jugak nanti"

"Bukan senang nak simpan. Macam-macam nak kena bayar"

Itu semua adalah ALASAN! Sekali lagi, ALASAN! Nak simpan atau tak nak? Itu je sebenarnya..Nak ke,tak nak? Kalu nak,bagus! Anda tidak memberikan alasan. Tapi,jika tak nak, anda mencipta alasan. Apa salahnya simpan sedikit duit yg dapat..takkan sedikit tak bolehkan? Kalau anda boleh simpan RM660 lagi bagus..banyak lagi baik..tiada masalah. Bagi mereka yang suka berboros beli barang2 untuk aksesori laptop anda.Aku cadangkan ketepikan duit sikit untuk beli 1 dinar. Harga lebih kurang RM600 lebih (sejak artikel ini ditulis). Bila duit da ditukarkan kepada EMAS,korang pasti susah nak pakai duit untuk beli barang pasal kedai terima RM je..

Amacam? Ada barani saudara dan saudari sekalian?

Bayangkan anda konsinten beli 1 semester 1 Dinar sehinggalah habis belajar (12 semester),anda da ada 12 Dinar! Sekali lagi ulangan suara,anda sudah ada 12 Dinar!!! Menarik bukan? =)

Kenal emas perak, WAJIB kenal KSP Gold Trading (SA0166394-H)!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...