Sunday, December 26, 2010

Rekod Kewangan Kita Di CCRIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sudi membaca blog aku.Aku amat menghargainya.Posting kali ini adalah mengenai pengalaman terbaru aku dalam tajuk nih.

Aku sekarang sedang memohon loan untuk membeli rumah kos sederhana di Seri Angkasa,Seksyen 27,Shah Alam.Setelah selesai aku bagi dokumen yg diperlukan oleh pihak bank,tak lama kemudian,orang bank call aku untuk tanya perkara yg berkaitan.Macam-macam dia tanya,da bapa lama keje? pernah x wat personal loan? dll.Sehingga suatu hari,orang sana call.Dia tanya aku..

Pihak Bank : "En. Hafiz pernah buat loan sebelum ini sebanyak 2k ke?

..Aikkkk?? pelik kebebenor bunyinye..x pernah lak aku wat loan rumah sebelum ni..aku pun cakap...

Aku : Eh,x pernah2 sy wat pinjaman sebelum ni Cik.Ini adalah kali pertama sy wat pinjaman bank untuk beli rumah pertama nih..(jawab aku dgn seyakinnya)

Pihak Bank : Oo..tapi,kami semak,En.Hafiz pernah wat pinjaman sebelum nih..

Aku : Pulak! Begini Cik,sy memang tak pernah wat pinjaman lain.Ini adalah pinjaman pertama saya nak beli rumah...

Pihak Bank : Ooo..ok.x mengapa En. Hafiz.Thank you..

Aku : Orait.Most welcome..

Lantas,aku pun maklumkan kepada abg sulu
ng aku,Mohammad Syahman yg mana dia merupakan seorang pelabur yg main bidang hartanah ni.Kebetulan jugak,abg aku de join untuk 4 Langkah Mudah Untuk Jadi Hartawan Hartanah yg dianjurkan oleh Tuan Bri.Dia pun tujukan hal ini kepada otai hartanah.Dari jawapan yg diberikan,aku dapat simpulkan disini ialah :

"Jika kita ada emas dan pernah melakukan Ar-Rahnu di bank-bank yg menawarkan Ar-Rahnu,nama kita akan tersenarai dalam CCRIS iaitu CUSTOMER CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM.Ianya menjadi sumber rujukan terpenting di kesemua bank-bank di Malaysia.Dari situ jugaklah,pihak bank boleh tahu berapa banyak korang berhutang.Jenis hutang macam kereta ke,motor ke,rumah ke,kad kredit ke.Pastu diorang boleh tau cara komitmen bayaran setiap bulan kita.Adakah kita bayar setiap bulan dengan cantik atau buruk.Kot2 ada tunggakan kereta sampai 3-4 bulan."

Menurut abg aku,org bank call sekadar nak tau sahaja.Macam emas tiada masalah sangat sebab tempoh bayaran semula adalah 6 bulan.Selasai 6 bulan bayaran,rekod kita adalah bersihhh...hihi..tak macam pinjaman yg kena bayar setiap bulan seperti contoh kad kredit,short je 1 bulan tak bayar,masuk je 2 bulan,org bank akan call tanya bila nak bayar..jadinyadisplinkan diri kita untuk bayar hutang bank.Itu aje..

Insyaallah,loan rumah aku berkemungkinan/harapan cerah boleh lulus...Amin ya rabbal alamin..Ayuh kawan2,mari kita kumpul aset dari liabiliti seperti beli rumah,emas dll aset.Ingatlah,aset bermakna sesuatu yg akan naik nilainya pada masa depan.Manakala liabiliti merupakan sesuatu yg akan susut nilainya kelak..renung-renungkan dan selamat beramal..hehe..macam Prof Izzi la plak =D














3 comments:

  1. Betul, betul, betul! kita pun baru tahu yang pajak kt bank rakyat (ar-rahnu) ni akan ada rekod CCRIS. Tapi takpelah.. asalkan payment catikk,, bank pun senang kasi pilleyyy!

    ReplyDelete
  2. Baru jenguk blog ni.. dpt link dr blog Otai Syahman...

    Abang layan hartanah.. adik layan emas... huhu..
    terbaek !!

    http://kuasahartanah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. A.Cah :
    Yup!Pihak bank ambil berat tentang komitmen kita membayar hutang..Best wat beli rumah dan sewakan rumah tuh.Pasai,penyewa yg dok bayarkan hutang kita..hik hik hik

    A.Shahbudin :
    Terima kasih menjenguk ke blog sy yg x seberapa nih..hihi..Insyaallah,la ni pun tgh layan hartanah skit2..blajo dari a,cah sendiri..lepas ni bolehlah layan dua2 sekali..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...