Monday, September 13, 2010

Alang-Alang Katakan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan :

"SELAMAT BERHARI RAYA, ,MAAF ZAHIR & BATIN. SEMOGA RAYA KITA TAHUN INI DISAMBUT MERIAH DI DALAM KESYUKURAN" =D

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran atas nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T yakni nikmat iman dan Islam. Tanpa kedua nikmat ini, siapalah kita kan? Aku raya ni dapat la cuti selama 2 minggu. 1 minggu sebelum raya & 1 minggu selepas raya. Ok pe, sape nak bagi..Hehe..Meriah betol raya aku kali ni. Raya pertama pi rumah sedara-mara di sekitar Puchong dan raya kedua beraya rumah pakcik makcik di Kg. Chuah, Nogori Sombilan. Eden sekeluargo poei tak lamo, sekojap ajo..cumo 2 haghi 1 malam..


Maafkan hamba yang lemah ini

Bila time rumah aku untuk dirayakan bersama2 sedara-mara, apa lagi. Sambil2 duk beraya, aku wat la promosi skit dekat diorang barang kemas 916, 999 dan Dinar emas. Bagi flyers, kad niaga dan pamplet Public Gold. Secara keseluruhan, reaksi diorang agak positif (+). Lagi2 sepupu aku yang akan bertunang dan bernikah. Memang kena la pada tempatnya..hehe..

Hari raya kedua dan ketiga lak hari Sabtu dan Ahad, aku gi beraya di Kg Chuah, N9. Yeahhh!! Balik kampung!! Sekali aku teringat lagu yang dinyanyikan oleh arwahyarham Sudirman. Best beb! Alhamdulillah, sambutan barang kemas di sana amat memberangsangkan!! Terjual la sudah 3 bentuk cincin 916 dan 1 rantai tangan 916. Makcik2 sana trade-in yang lama dan ganti yang baru. Seronok aku tengok diorang pakai barang kemas raya. Puas hati siot! Mana taknya, jualan tu hasil daripada usaha aku dan rezeki daripada Allah S.W.T jua. Kebetulan jugak, Busu aku pun akan melangsungkan pertunangan dan pernikahan tak lama lagi. Dia pun beli 1 bentuk cincin.

Terubat sudah rinduku di kampung =)

Seronok oo kalau kena hari2 orang beli. Memang masyuuk tuh!! Memang untung jual barang kemas nih. Lagi2 barang kemas berketulenan 916 dan 999..Hehe..Kalau korang nak tau rahsia menjana pendapatan emas secara aktif mahupun pasif, bolehlah hubungi aku di talian bebas tol tapi tolak kredit di 013-2955679 @ 017-6323800 =D

p/s :
  1. Kalau sesiapa yang nak jual barang kemas terpakai, kami sedia membelinya dengan harga emas terpakai dengan harga tinggi. Tak kira la emas ber'gred' berapa. Samada 999.9 @ 999 @ 950 @ 916 @ 835 @ 750 dan 375. Kesemuanya kami terima kecuali emas tipu @ celup @ sadur..
  2. Untung jual barang kemas ni. Kaum Hawa amat meminatinya.
  3. Berminat nak menjana pendapatan dengan emas,boleh hubungi aku (n0. hp di atas)
  4. Anda berusaha lebih,dapatlah lebih tapi kalau malas nak berusaha, alamatnya tak majulah perniagaan kita kan? Anda buat, anda dapat =)
  5. Berhati-hatilah ketika memandu samada anda baru nak pulang ke kampung halaman atau nak pulang ke bandar. Ingatlah orang tersayang..hehe =D

Kalau mengantuk, berehat & tido sebentar ya!










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...