Tuesday, July 6, 2010

Ilmu Itu Perlu Dicari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua =)
Semoga anda sihat hendaknya. Ayuh, mari kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan menyebut lafaz Bismillahirahmanirrahim...

Sebelum dan selepas aku melibatkan diri didalam dunia emas ni,banyak benda yang perlu aku pelajari.Semakin aku belajar tentang emas,semakin aku sedar yang ilmu Allah s.w.t ini sangat luas! Subhanallah!Allahuakbar! Banyak benda yang kita tidak tahu bila da belajar ni.Oleh itu wahai saudara-saudaraku,marilah kita belajar ilmu baru dari masa ke semasa.Tidak kiralah kita belajar secara formal,informal mahupun nonformal.Kehidupan kita ini tak boleh berhenti belajar sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Sebelum aku lebih berminat dengan emas ni,aku hanya kenal yang emas ni sejenis logam berharga yang berwarna kuning dan nilainya ditentukan segaram emas.Itu saja.Tak lebih dari itu!Alhamdulillah,dengan kesedaran dan perkongsian ilmu emas ini dari abang sulungku, Mohammad Syahman,aku mula tersedar yang emas ni mempunyai nilainya yang tersendiri selain ianya boleh dok di pajak.Bermula dengan saat itulah,aku mula minat secara mendalam dengan dunia emas.Segalanya bermula dari membaca ebook oleh Syukor Hashim iaitu penulis ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" dan Abd Hafiz Wasa iaitu penulis ebook "Emas-Emas Yang Hilang". Anda boleh dapatkan ebook mereka di laman sesawang http://jutawanemas.com/

Di Dunia Maya Facebook,aku mula kenal dengan Zakaria Ismail a.k.a Pokya iaitu Master Dealer Public Gold.Aku mula bersuai kenal dengan rakan-rakan Public Gold, (PG) NUBEX, dan lain-lain.Banyak maklumat dan pengalaman mereka aku dapat.Sehinggalah aku terbaca jadual seminar emas percuma yang dianjurkan oleh PG.Apa lagi,terus datang dan berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam dunia emas.Betullah,bila kita nak jadi seperti mereka yang berjaya,kita kena duduk dengan orang yang berjaya.Barulah diri ni ada rasa nak berjaya seperti mereka.Bagi korang yang da duduk dengan mereka yang berjaya, TAHNIAH! Itu merupakan satu langkah pertama untuk berjaya!


Syukor Hashim sedang buat talk


Pokli sedang bagi penerangan


Aku Dengan Abang Fazli a.k.a Pokli


Aku Dengan Shukor Hashim


Aku Dengan Abang Azman a.k.a Goldjeman


Abang Zakaria Ismail a.k.a Pokya


Senyum!

Memang tidak rugi hadir ke seminar emas ni.Banyak manfaat yang boleh dikongsikan bersama.Memulakan perniagaan emas ni tak semudah yang disangka.Kita perlulah mendalami Ilmu tentang emas dan perlu mengambil tahu hal isu-isu semasa jika ada orang yang bertanya kepada kita.Jika mereka datang bertanya,jangan malu dan kedekut untuk dikongsikan.Walau apa pun bidang dan kemahiran kita,apa yang penting,kita mesti ada minat dan seronok melakukannya.Barulah kerja yang kita buat tu rasa best dan puas! Tambahan lagi,kita perlu rajin membaca buku-buku yang berkaitan dengan bidang kita.Banyak membaca,banyak maklumat tambahan yang diperolehi.Ingatlah, bangsa yang maju ialah bangsa yang rajin membaca.Wassalam...

p/s :
  1. Ilmu Allah itu sangat luas! Subhanallah..
  2. Dalami ilmu yang dalam bidang kita fokuskan.
  3. Ilmu itu perlu dicari.
  4. Duduk dengan orang jual minyak wangi,akan dapat wangi daripadanya.
  5. Malu bertanya,sesatlah kita!
  6. Kejayaan mereka,inspirasi kita.Insyaallah,kita mampu berjaya seperti mereka yang sudah berjaya.
  7. Mantapkan usaha untuk berjaya!!!










6 comments:

  1. Tahniah kerana membuat keputusan yg tepat

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. tahniah. tuntutlah ilmu dari buaian hingga liang lahad. berkawan dengan penjual minyak wangi akan dapat palitan bau wanginya. berkawan dengan tukang besi akan dapat mendapat bau busuknya.

    ReplyDelete
  3. Cikgu Azrul : Terima kasih.Setiap apa keputusan yang kita putuskan,perlulah tepat.

    Abang Cah : Terima kasih.Lagi awal kita celik tentang kewangan,lebih baik.

    Putremas : Terima kasih.Proses pembelajaran adalah sepanjang hayat kita.Untuk berjaya,kita memerlukan mereka yang berjaya.Begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...simpan emas masa muda....dah tua...sure banyak stok emas...:)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...Lagi awal mula simpan emas,banyak kelebihannya.Amin ya rabbal alamin..Itulah yang saya usahakan.Terima kasih abang Pokli! =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...