Saturday, June 26, 2010

Potensi Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua =D
Semoga kehidupan seharian kita hari ini lebih baik daripada semalam,esok lebih baik daripada hari ini.Amin...

Hari ni aku nak kongsikan kepada anda semua tentang potensi emas dalam jangka masa tertentu."Hah? Emas ada potensi ker?Macam mana tu?Cerita la skit". Tanya mereka yang ingin tahu dengan lebih mendalam.Jawab aku,"Ya! Emas ada potensinya sendiri." Untuk pengetahuan anda,keuntungan emas adalah yang tertinggi jika hendak dibandingkan dengan dividen Amanah Saham Berhad (ASB).Dividen ASB setahun adalah 7-8% sahaja.Tetapi,purata kenaikan emas setahun adalah sekitar 27%!!!! Yakni 3 kali ganda lebih!!!Terkejut???Inilah hakikatnya.Anda boleh melihat sejarah kenaikan emas di laman sesawang http://www.kitco.com/ .Pilih chart and data.Anda boleh pilih samada anda ingin mengetahui carta secara lansung (live chart) atau sejarah carta (history chart). Suka saya kongsikan kepada anda kenaikan emas tahun ini selama 30 hari, 60 hari, 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun dari sekarang,yakni tahun 2010.

1 auns = 31.105 gram.

kenaikan emas dalam 30 hari


kenaikan emas dalam 60 hari


kenaikan emas 6 bulan


kenaikan emas 1 tahun


kenaikan emas 5 tahun

kenaikan emas 10 tahun


Sekarang anda dapat melihat kenaikan emas dalam tempoh tersebut.Harga emas ada turun naiknya.Namun secara puratanya,harga emas akan terus naik samada ianya naik mencanak tinggi (trend harga menaik).Begitu juga turunnya harga emas secara menjunam (tren harga menurun).Jadi,anda sememangnya tidak berasa rugi jika anda menyimpan emas kerana, emas merupakan aset bukan liabliti.Aset ialah,sesuatu barangan yang mana harganya akan meningkat pada masa akan datang seperti menyimpan emas, perak, hartanah dll.Manakala liabliti ialah sesuatu barangan yang tidak memberi pulangan.Kadang-kala ianya boleh membebankan kita.Seperti kereta.Kita terpaksa menyara kereta seperti servisnya bila cukup masa,tukar tayarnya bila da haus, bagi minumnya dengan isi petrol dll.Tu tak campur bagi lagi dengan mereka yang sangat berminat untuk modified kereta..ish, ish, ish...banyak duit dihabiskan disitu..

p/s :
  1. Emas jika disimpan 1 tahun, anda boleh dapat untung.Tapi,banyak untungnya jika simpan lebih 1 tahun.
  2. Bagi mereka yang kaki modified kereta,ingat semula tujuan asal penggunaan kereta.Penggunaan kereta bertujuan membawa kita dari destinasi A ke destinasi B.Ingat!Tidak lebih dari itu!
  3. Yang mana satukah pilihan anda? Antara keuntungan 8% atau 27%? Kuasa di tangan anda.





2 comments:

  1. Betul betul betul... bikin kereta ni seakan tak sedar wang mengalir keluar. syok punya pasal nak kasik kereta nampak sport (baru lah makwe nak jeling2 heheh..) hujung bulan sengkek..isk...isk...isk...

    ReplyDelete
  2. Mana tak sengkeknya,duit untuk modified kereta mengalir keluar bak air yang deras.Kayanya seseorang bukan diukur dari modifikasi mereka tapi berapa banyak yang mereka simpan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...