Sunday, July 22, 2012

Hyper Inflasi Di Zimbabwe

Lihat dan fikir. Inilah yang pernah terjadi di Zimbabwe. Angkanya besar sangat tapi tiada nilai. Sehinggakan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas untuk meneruskan kelangsungan hidup seharian. Bayangkan, mereka kerja keras untuk dapatkan duit tapi kecil nilai duit mereka. Ditambah pula kenaikan harga barangan. Semoga perkara ini tidak terjadi di Malaysia. Tapi apakah tindakan anda? Terus simpan duit kertas? Tiada simpan aset seperti emas, hartanah dll? Jika tiada, bersiap sedialah menerima nasib seperti ni. Tiada apa yang mustahil!
Berapa ratus trilion untuk sebuku roti? What??
Padan muka korang pilih aku...rasakan! Hahaha!
Kecik-kecik da mampu pegang duit banyaaak sangaat

Kira-kira berapa jumlah. Cepat belajar sebab budak ni main angka besar!
Ini adalah kertas yang ada padanya adalah nota janji yang diberikan oleh kerajaan saya. Besar ke nilainya?

Saya memang tersangat kayakan? Tapi pada mata kasarnya....saya miskin!

Aku boleh pegang 10 juta beb! Kau ada? Hahaha!

Ada lagi niiii...60 jutaaaa!!! Aku kaya gilaaa!! Hahaha!

Walaupun aku nampak macam kaya tapi....10 juta Zimbabwe aku laku ditukarkan hanya 10 Dollar atau RM30 jeeee...Sedih sangat!!!!

Lebih dari trillion ni abg! Tak tau apa nak sebut...zillion kot...tolonglah angkat, berat sangat ni! Kalau ada emas,tak delah berat sangat

Leceh betollah! Asal nak pi keluar je, kena bawa duit bebanyak...kena isi dalam beg lagik...aiyya...negara lain tak delah teruk sangat inflasinya..Menyesal tak simpan emas...padan muka akuu!
Letih aku bawa macam ni hari-hari!!!! Ntah berapa kilo nii.. Kalau emas main gram jee...ringan beb!
Nahhhh....amik ko!! 

50 juta...bangga jap walaupun tak de nilai sangat berbanding emas...haha!

Perkara biasa jika korang beli barang dekat sini. Berjuta regenya..hehe

Sedihnya nilai terlampau besar tapi nilai kurang sangaaat

Inilah individu yang bertanggungjawab kesan inflasi ni...Mugabe!

Kaya sangat aku ni! Mental jap dapat pegang 100 Billion!!

Wow! 3 biji telur untuk 100 Billion!

Bagi laluan untuk aku letak duit!!

Sekali makan, 1 billion lebih...membazirkah aku???

Sapa nak, amiklah

Yeahhh!! Dapat Duit baru!! Nilai tak besar macam dulu...tinggi gila inflasi!!!

Tapi macam sama je...walaupun angka kurang tapi kepingan kertas macam lebih kurang sama banyaknya...aiyayaya...4 biji tomato untuk berpuluh keping kertas...

Hanya sebuku roti untuk ketebalan duit ni...

Tiada apa yang perlu dibangga...sedih lagi adalah!

Emmm...

Sudahkah anda bersedia mengalami seperti mereka? Jika anda simpan aset, Insyaallah anda selamat seperti diatas. Sebab aset bertindak sebagai follower kepada inflasi. Dengan kata lainnya, aset kalis inflasi.

Simpan EMAS sekarang sebelum duit kertas tiada NILAI!

Karikatur


Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ya Ramadhan


Dikesempatan masa yang ada, kami dari KSP GOLD TRADING (SA0166394-H) memohon jutaan kemaafan andainya ada silap salah mahupun kekurangan dari pihak kami. Insyaallah, kami akan memberikan yang terbaik untuk anda! Tinggal 7 jam dari artikel ini ditulis (12.30 t/hari) kita akan bertemu dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Mari kita perlipat gandakan amalan sunat. Inilah masanya kita merebut peluang yang hadir. Semoga Ramdhan kita tahun ini adalah jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah :)

Tuesday, June 5, 2012

Bank Boleh Bangkrup Jika...

Apakah yang akan terjadi jika manusia satu dunia mengeluarkan duit mereka secara serentak di bank? Kena pulak si pendeposit tu lain-lain pendapatan. Ada yang simpan ratus, ribu, juta, ratus juta dll. Apakah mampu bank bayar on the spot? Sudah tentu tidak mampu atau dengan kata kasarnya, bank tak de duit!!! Pelikkan? Bank tak de duit..tak percaya? Northen Rock adalah contohnya. Nak cetak duit baru, kena berhutang pulak..hutang bukan sikit-sikit ma. Main trilion tu. Jadi,apakah penyelesaiannya? Ada! Jangan bimbang.

Tukarkan duit kertas anda kepada emas fizikal! Hah? Kenapa? Kenapa mesti emas? Kenapa tidak yang lain? Sebabnya, emas mudah dicairkan. Tambahan, emas diiktiraf diseluruh dunia. Jadi, anda nak tunaikan duit boleh dimana-mana di atas muka bumi Allah ini. Secara tak langsung anda tidak perlu ke money changer sebab kalau anda jual emas di Tahiland, duitnya dalam matawang Bath. Kalau jual di Amerika, dapatlah duit USD dll. Menarik bukan? Kita sendiri yang tentukan kewangan kita. 

Tiada emas fizikal? Hehe..pun jangan bimbang sebab kami boleh bekalkan emas fizikal kepada anda. Mau berat berapa? Boleh saja hubungi kami di talian 013-2955679. Kami sedia membantu serta memberikan pencerahan tentang emas :)



Monday, May 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab

Alhamdulillah, sedar tak sedar, kita sudah berada di ambang bulan Rejab. Bersyukurlah kita dipanjangkan umur sebelum kita bertemu dengan bulan Sya'ban dan Ramadhan. Bermakna kita berpeluang menambah amal kebaikan selagi kita masih bernafas. Disini, saya ingin kongsikan doa bulan Rejab beserta dengan maknanya supaya kita lebih faham. Tambahan ada hadisnya dan peristiwa penting dalam bulan Rejab. Kita juga disunatkan berpuasa pada hari ini. Selamat berpuasa. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dan keredhan daripada Allah s.w.t jua. Ahla wa sahlan ya Rejab...Syukur :)

Thursday, May 17, 2012

Kenali Emas

Semua orang tau yang emas ini sangat berharga. Bahkan satu dunia penduduk di bumi mengiktirafkannya. Hebat bukan? Emas tetap bernilai walaupun dalam bentuk cebisan, serbuk, ketulan-ketulan, syiling dll. Jika anda sendiri mengakui emas adalah logam yang sangat berharga, sudahkah anda menyimpan emas?

Monday, May 7, 2012

Emas Menyelamatkan Anda Dari Kemiskinan


Nak kaya bukan boleh kaya sesenang beb! Kena ada usaha nak kaya. Begitu jugak dengan emas. Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan cepat tapi boleh menyelamatkan anda dari kemiskinan dek inflasi. Mana anda mahu? Banyak kertaskah atau banyak aset?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...