Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Kewangan. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Penat Atau Rilek?


Duit bekerja keras mencipta duit untuk anda?

Atau 

Anda bekerja keras untuk mendapatkan duit?

Monday, October 24, 2011

Fakta Dari AKPK

2 gambar menggambarkan 1001 mesej yang disampaikan

 Wujudnya AKPK sedikit sebanyak membantu mereka



Dimanakah anda?

Mampukah kita mengurangkan hutang?

atau

Hutang terus bertambah?

Fikir-fikirkan

Yang penting berhutang mengikut kemampuan bajet anda!



Tuesday, May 17, 2011

Kurang Tapi Cukup?

Pernahkah korang berbelanja melebihi pendapatan yg diterima setiap bulan setelah berkerah tenaga untuknya? Ya,semestinya pernah! Disaat itulah ramai yg mengeluh itu ini..segalanya serba tak cukup..macam2 yg perlu dilangsaikan..erm..aku sendiri dengar pun seram sejuk..aish...Aku pun tak nafikan,memang banyak pakai duit lagi2 kita sebagai rakyat Malaysia yg mana Inflasi sentiasa naik..Aku pun turut sama kene tempiasnya..hihi..gaji aku pun kecil.Jadi,terpaksalah kena cari alternatif lain untuk menambah pendapatan tuk meneruskan kelangsungan hidup..

Disini aku ingin kongsikan kpd korang bagaimana aku rasa kurang tapi pada waktu yg sama aku rasa cukup.Pelikkan bunyinya??Ajaib tu..wat lawak ke pis??hihi..Ini bukan bahan lawak beb! Ini betul2.. Pertama sekali,aku nak tau jugak kemana perginya duit aku tu..habis tang mana...yg berfaedah atau tak..kita jejak kemana ia menghilang..bolehkah? Tapi macam mana ek? Begini..

  1. Amik kertas kajang,kemudian lipatkan dua..kemudian korang tuliskan setiap apa benda yg korang belanja dari sekecil2 barang sehinggalah sebesar2 barang..Walaupun cara ni agak leceh,tapi ianya amat berkesan.Disitu tahulah sebab apa duit habis cepat..hihi
  2. Sesapa yg guna hp yg ada fungsi nota,gunalah! Bagi aku ianya penting..Selesai beli barang,cepat2 belek hp dan taip apa yg korang beli tadi..
  3. Rerajinkanlah membaca buku yg berkaitan tentang pengurusan kewangan..Sesuai sangat korang baca..kekadang terkena batang idung sendirik..haha
  4. Belajar daripada pengalaman orang lain dan pengalaman sendirik..agak2 tak mampu nak beli cash/tunai,simpan skit setiap bulan.Cukup masa, rembat!!
Lagi satu,Korang pi sambung belajar..hah?? biar betul?? belajar banyak pakai duit tuh!! Memang pun! Sapa kata takbanyak pakai duit..Aku sendrik pun belajar separuh masa.Sepenuh masaku adalah bekerja..Alhamdulillah...sepanjang aku belajar,aku langsung tak amik PTPTN..sebab,nak elakkan hutang! Ditambah lak bunganya yg cukup tinggi! Aku kalo boleh nak jauhkan hutang2 ni..walaupun ianya satu kemudahan yg disediakan oleh kerajaan Malaysia..Aku bukanlah anti sangat dengan pinjaman nih..Apa2 pun mengikut masa dan keadaan seseorang jugak...kalo kawan sorang tu mmg tak mampu nak sambung belajar,better amik pinjaman..

Wat pinjaman tuk belajar adalah pinjaman yg baik..yang mana iannya memberi pulangan pada masa kelak.Pinjaman yg tidak baik adalah degan meng'up' grade kereta sedia ada kepada kereta yg lebihhh meeewaaaaahhhh...berat2..padahal duit tu leh gunakan tempat lain..jadi,renung-renugkan dan selamat beramal!!!

Buat pecahan duit gaji kita seperti diatas.Setiap cabang daripadanya menjalankan peranan yg penting!! Bertindaklah sekarang! Fast Action, Fast Result!



Friday, February 4, 2011

Paksa Diri Untuk Menyimpan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua=)
Semoga anda mula atau berterusan menyimpan aset terunggul yakni EMAS PERAK!

Posting kali ini aku nak berkongsi sedikit cara yang aku rasa ianya agak praktikal untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian kita.Insyaallah.

Sambung belajar merupakan satu perkara yang baik untuk masa depan anda. Secara zahirnya, tujuan untuk sambung belajar adalah untuk meningkatkan taraf hidup kepada yang lebih baik lagi selesa dengan adanya perubahan tangga gaji. Namun pastikan tujuan ini bukanlah tujuan utama dan pertama anda sambung belajar. Tujuan yang utama dan pertama ialah ilmu yang  anda dapati sepanjang tempoh pembelajaran di universiti mahupun kolej.


Ada mereka sambung belajar dengan berhutang atau tidak berhutang. Berhutang ada dua jenis iaitu :
  1. Hutang yang baik : Sambung belajar ke peringkat tinggi,beli rumah, tanah dll
  2. Hutang yang buruk : Menukar kereta yang sedia ada kepada kereta yg lebih mewah, sentiasa update telefon dari masa ke semasa, membayar hutang yang lain (gali lubang baru) dll.
Tahniah! Anda berada nombor satu! Hutang yang baik ialah yang akan memberi pulangan untuk jangka masa panjang. Kebanyakkan mereka yang kurang berkemampuan, pastinya akan berhutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), MARA, dll. Namun apakah cukup dengan duit PTPTN tuh?

"Bapa sen yang tinggal kalau tolak duit yuran,hostell,buku,dll..aisehh..kering poket aku"

"Habis duit PT aku. Makan mee segera la jawab nyerr"

Itu adalah keluhan-keluhan yang kerap kali kita dengar. Namun,apakah duit PTPTN yg anda dapat akan terus habis setelah tolak itu ini? Pasti ada lebihkan? Mustahil PTPTN bagi tidak lepas duit yuran. Paksakan diri anda untuk SIMPAN!

"Ala,kalu simpan pon,lum tentu boleh bertahan lama..korek jugak nanti"

"Bukan senang nak simpan. Macam-macam nak kena bayar"

Itu semua adalah ALASAN! Sekali lagi, ALASAN! Nak simpan atau tak nak? Itu je sebenarnya..Nak ke,tak nak? Kalu nak,bagus! Anda tidak memberikan alasan. Tapi,jika tak nak, anda mencipta alasan. Apa salahnya simpan sedikit duit yg dapat..takkan sedikit tak bolehkan? Kalau anda boleh simpan RM660 lagi bagus..banyak lagi baik..tiada masalah. Bagi mereka yang suka berboros beli barang2 untuk aksesori laptop anda.Aku cadangkan ketepikan duit sikit untuk beli 1 dinar. Harga lebih kurang RM600 lebih (sejak artikel ini ditulis). Bila duit da ditukarkan kepada EMAS,korang pasti susah nak pakai duit untuk beli barang pasal kedai terima RM je..

Amacam? Ada barani saudara dan saudari sekalian?

Bayangkan anda konsinten beli 1 semester 1 Dinar sehinggalah habis belajar (12 semester),anda da ada 12 Dinar! Sekali lagi ulangan suara,anda sudah ada 12 Dinar!!! Menarik bukan? =)

Kenal emas perak, WAJIB kenal KSP Gold Trading (SA0166394-H)!



Sunday, December 26, 2010

Rekod Kewangan Kita Di CCRIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sudi membaca blog aku.Aku amat menghargainya.Posting kali ini adalah mengenai pengalaman terbaru aku dalam tajuk nih.

Aku sekarang sedang memohon loan untuk membeli rumah kos sederhana di Seri Angkasa,Seksyen 27,Shah Alam.Setelah selesai aku bagi dokumen yg diperlukan oleh pihak bank,tak lama kemudian,orang bank call aku untuk tanya perkara yg berkaitan.Macam-macam dia tanya,da bapa lama keje? pernah x wat personal loan? dll.Sehingga suatu hari,orang sana call.Dia tanya aku..

Pihak Bank : "En. Hafiz pernah buat loan sebelum ini sebanyak 2k ke?

..Aikkkk?? pelik kebebenor bunyinye..x pernah lak aku wat loan rumah sebelum ni..aku pun cakap...

Aku : Eh,x pernah2 sy wat pinjaman sebelum ni Cik.Ini adalah kali pertama sy wat pinjaman bank untuk beli rumah pertama nih..(jawab aku dgn seyakinnya)

Pihak Bank : Oo..tapi,kami semak,En.Hafiz pernah wat pinjaman sebelum nih..

Aku : Pulak! Begini Cik,sy memang tak pernah wat pinjaman lain.Ini adalah pinjaman pertama saya nak beli rumah...

Pihak Bank : Ooo..ok.x mengapa En. Hafiz.Thank you..

Aku : Orait.Most welcome..

Lantas,aku pun maklumkan kepada abg sulu
ng aku,Mohammad Syahman yg mana dia merupakan seorang pelabur yg main bidang hartanah ni.Kebetulan jugak,abg aku de join untuk 4 Langkah Mudah Untuk Jadi Hartawan Hartanah yg dianjurkan oleh Tuan Bri.Dia pun tujukan hal ini kepada otai hartanah.Dari jawapan yg diberikan,aku dapat simpulkan disini ialah :

"Jika kita ada emas dan pernah melakukan Ar-Rahnu di bank-bank yg menawarkan Ar-Rahnu,nama kita akan tersenarai dalam CCRIS iaitu CUSTOMER CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM.Ianya menjadi sumber rujukan terpenting di kesemua bank-bank di Malaysia.Dari situ jugaklah,pihak bank boleh tahu berapa banyak korang berhutang.Jenis hutang macam kereta ke,motor ke,rumah ke,kad kredit ke.Pastu diorang boleh tau cara komitmen bayaran setiap bulan kita.Adakah kita bayar setiap bulan dengan cantik atau buruk.Kot2 ada tunggakan kereta sampai 3-4 bulan."

Menurut abg aku,org bank call sekadar nak tau sahaja.Macam emas tiada masalah sangat sebab tempoh bayaran semula adalah 6 bulan.Selasai 6 bulan bayaran,rekod kita adalah bersihhh...hihi..tak macam pinjaman yg kena bayar setiap bulan seperti contoh kad kredit,short je 1 bulan tak bayar,masuk je 2 bulan,org bank akan call tanya bila nak bayar..jadinyadisplinkan diri kita untuk bayar hutang bank.Itu aje..

Insyaallah,loan rumah aku berkemungkinan/harapan cerah boleh lulus...Amin ya rabbal alamin..Ayuh kawan2,mari kita kumpul aset dari liabiliti seperti beli rumah,emas dll aset.Ingatlah,aset bermakna sesuatu yg akan naik nilainya pada masa depan.Manakala liabiliti merupakan sesuatu yg akan susut nilainya kelak..renung-renungkan dan selamat beramal..hehe..macam Prof Izzi la plak =D














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...