Dikesempatan masa yang ada, kami dari KSP GOLD TRADING (SA0166394-H) memohon jutaan kemaafan andainya ada silap salah mahupun kekurangan dari pihak kami. Insyaallah, kami akan memberikan yang terbaik untuk anda! Tinggal 7 jam dari artikel ini ditulis (12.30 t/hari) kita akan bertemu dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Mari kita perlipat gandakan amalan sunat. Inilah masanya kita merebut peluang yang hadir. Semoga Ramdhan kita tahun ini adalah jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah :)
Showing posts with label Ucapan Khas. Show all posts
Showing posts with label Ucapan Khas. Show all posts
Friday, July 20, 2012
Wednesday, December 8, 2010
Salam Maal Hijrah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.Semoga anda ceria-ceria selalu.Tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam,1432 Hijrah kepada anda semua.Semoga kita berhijrah dari kurang baik kepada yang baik,yang baik kepada yang lebih baik.Begitulah seterusnya.Sedar tak sedar,umur kita semakin meningkat setiap tahun.
Pernahkah kita memikirkan apakah yang semakin jauh dan semakin dekat dengan kita?Ya,betul jawapan anda.Masa semakin lama semakin jauh dengan kita manakala MATI itu sudah semestinya semakin hampir dengan kita.Oleh itu,bersama-samalah kita mempersiapkan diri untuk disana.Jadikan di dunia ini,sebagai tempai kita berkebun dan mendapat hasil serta pulangan kita di akhirat kelak.

Salam Ma'al hijrah semua =D
Pada 3,4,5 Disember baru-baru ni,Mak Busu aku yaitu Makcik bongsu sebelah arwah ayah aku di Negeri Sembilan Darul Khusus, telah selamat dinikahi oleh seorang lelaki pilihan hatinya dari nogori Melako Bandaraya Bersejarah.Kemudian disusuli pula kenduri kahwinnya pada hari Ahad.Meriah juga perkahwinan orang kg disana.hehe..seronot beb!

Bergambor dongan pengantin dan sedara-mara yg lain =D
Kebetulan masa aku duduk melihat kerenah tetamu-tetamu yg hadir,datang seorang makcik yg jugak sedara-mara aku yg nak jual rantai leher jenis emas paun yakni berketulenan 835.Alhamdulillah,sambil-sambil datang sini,dapat rezeki daripadaNya..Syukur =)

Hayatilah doa awal dan akhir tahun=D
Alhamdulillah,pada Isnin malamnya,aku dengar tazkirah mengenai kupasan lebih lanjut apa itu HIJRAH.Bila aku dengar tazkirah tu,timbul rasa semangat untuk tahun baru ni.Aku pasangkan niat baru dan impian yg perlu dilaksanakan.Apa yg penting,kita perlu ada target! Jadi,apa target anda untuk tahun baru ini? Nak jadi pengedar emas ditempat anda sendiri? Boleh! tiada masalah! Amat dialu-alukan. Hubungi aku di talian 013-2955679 / 017-6323800 =)
Wednesday, November 17, 2010
Salam Eidul Adha
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.Khasnya pembaca setia http://emasgram.blogspot.com Maaf,sudah lama aku tak update posting baru.Aku sebelum ni hanya update yg posting lama.Insya Allah,akan ku akan posting post baru sekurang-kurangnya seminggu 1 kali.Bermakna,4 posting baru untuk 1 bulan.Insya Allah,semoga Allah S.W.T memberi sedikit ruang untuk aku menulis blog =)
Selamat Hari Raya Eidul Adha.Maafkan diriku yang lemah ini.Semoga kita mengaplikasikan pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintahNya.Alhamdulillah,aku baru selesai melapah daging lembu tengah hari tadi.Seronok wat kerja ramai-ramai.Kerja cepat siap.Tapi yang tak bestnya,ada saja tangan-tangan pencopet yg mengambil daging-daging kurban.Ish, ish, ish..Tak baik tau amik hak orang lain.Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita.Jika yang dimakan itu HALAL,Alhamdulillah.Tapi jika sebaliknya?Renung-renugnkan dan selamat beramal =)
"Barang siapa yang menunaikan haji kerana untuk mendapat keredhaan Allah dan tidak melakukan perkara maksiat dan keji akan bebas daripada dosa sebagaimana ia dilahirkan" (Mutafaquun Alaih)
Subscribe to:
Posts (Atom)
