Showing posts with label Menabung Menjamin Masa Depan. Show all posts
Showing posts with label Menabung Menjamin Masa Depan. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

Paksa Untuk Menabung!


Tak ada orang yang menyesal sebab simpan duit,
Tapi ramai yang menyesal sebab tak simpan duit

Mulakan menabung sekarang!

Wednesday, April 24, 2013

Ibu Gadai Emas

Kegunaan barang kemas selain pakai, ianya jugak boleh digadaikan untuk mendapatkan tunai dengan segera di bank-bank. Serius terharu!

Thursday, February 9, 2012

Sedikit Tetapi Berterusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Semoga anda terus sihat, kaya dan berjaya hendaknya. Topik kali cukup menarik dan aku sendiri pun suka! Sedikit tapi berterusan biasa kita dengar di dalam melakukan perkara-perkara amal kebaikan yang mendatangkan pahala kepda kita. Walaupun ianya tidak mengalami perubahan drastik tapi sedikit demi sedikit ke arah kebaikan sudah ada. Sama juga dengan konsep kita menyimpan wang! Kita perlu malah mesti atau kata agak radikalnya, WAJIB menyimpan wang masa depan kita supaya lebih terjamin. Tak kira sedikit atau banyak. Irfan Khairi memberi cadangan, simpanan kita sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan kita! Bermakna...


Contoh Mudah :
Gaji Anda : RM2,000/sebulan
Simpanan RM2,000 x 10 % = RM200!
Baki Gaji : RM1,800
(barulah digunakan untuk bayar hutang,perbelanjaan dll)
Bayarlah untuk diri anda sendiri setelah penat lelah anda berkerja!



Tapi! Ada saja alasan yang bakal kita dengar iaitu : 

"Lambat lagik nak pikir. lek lu"

"Kalau aku simpan pun,tetap guna jugak duit tu.Kena lak ada ATM kad.Sonang je raso"

"Dari aku simpan duduk diam-diam gitu,baik aku beli sport rim kete ke, tukar smartphone ke, tukar motor ke..kurang-kurang pun aku boleh guna wat harian"

Tahukah anda, alasan-alasan seperti inilah pasti akan memudaratkan diri / memakan diri anda sendirik! Sebabnya, awal-awal lagi da setting dalam minda tak nak mula menyimpan lagi. Nah! Alhasil yang anda dapat, anda  akan mengalami kepeningan nak carik duit untuk anak-anak nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Lagi-lagi bila da masuk universiti. Mulalah tergaru-garu,terpaksa berkerja keras nak carik duit nak bayar yuran walaupun da tua. Bila rasa diri tak mampu nak tampung, terpaksalah apply pinjaman PTPTN.


Ya,mungkin anda akan kata : bolehlah cakap sebab dia ada duit manyak, bolehlah kau hidup senang, bolehlah hang peniaga emas, bolehlah kau tu mak bapak memang da kaya-raya, bolehlah...bolehlah...dan segala macam bolehlah..Ini pun menjadi masalah yang amat serius sebenarnya! Sedangkan amalan menabung boleh dipupuk sejak dari awal lagi.


Selagi mana ada alasan,selagi tulah kita takkan bergerak. Kita perlu paksakan menabung. Kadang-kala cara memaksa pun ada baiknya demi kesejahteraan kita kita jugak. 

"Simpanan apa yang lebih baik?"

Simpanan dalam bentuk fizikal seperti simpan emas dan perak. Jika tak berkemampuan beli emas, beli perak. Sebab harga perak masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga emas. Pendek kata lihat pada bajet kita jua. Jika anda berkemampuan beli jongkong perak, beli perak. Aku punya servis cukup mudah untuk memudahkan korang semua..


Contoh : 
Beli 1 aun silver bar setiap bulan
Harga : RM140/pcs*
12 Bulan : 12 pcs simpanan silver bar

Bila sudah cukup nak beli 1 Dinar :
Jual 12 aun silver bar
Belian : RM110*
Jumlah : RM1,320
Beli 1 Dinar berketulenan 916 @ rantai tangan 99 dll

*harga jualan dan belian berubah jika berlaku kenaikan emas perak rujuk http://goldprice.org/Calculators/Gold-Price-Calculators.html


Pengakuan dari seorang customer tetap aku sendiri mengatakan dia terpaksa tukarkan duit kertas untuk mengelakkan dirinya dari terus cucuk duit di mesin ATM. Pendek kata duit tu mudah sangat dicairkan. Akhirnya, dia mengambil alternatif, menyimpan emas perak dari wang gaji yang diterimanya setiap bulan. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk dia menyimpan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah ada beberapa simpanan silver bar. Jika ada bonus akhir tahun, dia simpan 1 dinar pula. Aku dengar pun cukup terharu atas tindakan yang dibuat. Setiap bulan dia akan beli 1 aun silver bar sebagai simpanannya untuk masa depannya supaya lebih terjamin.


Anda bila lagi? Ada baik jugak rupanya memaksa diri untuk menyimpan dari tak simpan-simpan! Renung-renungkanlah..Aku doakannya, anda kaya dan berjaya :)

Monday, March 14, 2011

Usah Pandang Syiling Sebelah mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua.Semoga anda ceria dan sihat selalu. Posting aku kali ni ialah nak berkongsi kepada anda tips-tips untuk menyimpan duit.Walaupun tak banyak,tapi lama kelamaan banyak jua. Tips-tips ini juga ianya agak praktikal bagi korang dan aku sendiri pun da melaksanakan juga.
Bagaimana ya?
Mudah! Cukup mudah! Semudah A B C…hehe..
Tips ini dinamakan tip “BUDAK SEKOLAH. Sebagai contoh :
Membeli air minuman kotak berharga RM1.20 kemudian anda mengeluarkan not RM 2 dan membayarnya.Baki yg anda perolehi adalah sebanyak RM0.80. Selalunya kita akan mengeluh :
”buat berat je bawa duit syiling dalam dompet aku nih..haish”
Balik je rumah,duit syiling tadi anda letak ntah kemana..merata-rata tempat.Kemudian,anda bercadang untuk menyimpan duit syiling yg anda dapat itu dengan menyediakan tabung khas.Setiap hari,anda menyimpan duit syiling tak kiralah nilai berapa pun dari sekecil-kecil nilai 10 sen sehinggalah sebesar-besar nilai 50 sen..Dan..
Anda pula berterusan melakukan setiap hari…
Sehinggalah genap 1 bulan,anda korek semula syiling di dalam tabung tu..Anda pasti terkejut dengan jumlah syiling yg banyak..Kira punya kira,syiling yg korang kumpul secara konsisten itu mampu mencecah ratusan ringgit!! Sungguh?? Ya! Sungguh sama sekali!!
Sedikit leceh sebab korang kena kira duit siling tu.Jenuh la jugak…Tapi kalau korang malas nak kira jumlahnya,bawa saja duit syiling tu pergi ke bank suruh diorang kirakan.Bank ada alat khas nak kira syiling korang tu.Lagi mudah! Cuma pihak bank akan kenakan sedikit bayaran atas proses tersebut.Berapa ringgit tu,aku sendiri tak pasti.Sebab aku malas nak pi hantar kira di bank.Kebiasaannya aku kira sendiri.Lagi cepat!
Mulakan menabung dari sekarang! Usah tangguh-tangguh lagi!Kalau da cukup masa nak beli emas, lawati saja blogshop aku di http://emasgram.blogspot.com/


Duit syiling aku simpan sebelum ni.Alhamdulillah,dapat la RM64.Banyak tu kalau konsinten kita buat.Pastu pi la tukar mana-mana.Kalau nak mudah,pergi kantin sekolah.Diorang memang nak sangat guna duit syiling nih, kedai-kedai runcit, bank dan lain-lain..Macam aku memang mudah nak tukar pasal aku bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta..Sapa-sapa jadi guru diluar sana,gunakan manfaat ini =)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...