Showing posts with label Fakta Emas. Show all posts
Showing posts with label Fakta Emas. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

Emas Kalis Inflasi

Sudahkah anda bersedia?

Sunday, July 22, 2012

Hyper Inflasi Di Zimbabwe

Lihat dan fikir. Inilah yang pernah terjadi di Zimbabwe. Angkanya besar sangat tapi tiada nilai. Sehinggakan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas untuk meneruskan kelangsungan hidup seharian. Bayangkan, mereka kerja keras untuk dapatkan duit tapi kecil nilai duit mereka. Ditambah pula kenaikan harga barangan. Semoga perkara ini tidak terjadi di Malaysia. Tapi apakah tindakan anda? Terus simpan duit kertas? Tiada simpan aset seperti emas, hartanah dll? Jika tiada, bersiap sedialah menerima nasib seperti ni. Tiada apa yang mustahil!
Berapa ratus trilion untuk sebuku roti? What??
Padan muka korang pilih aku...rasakan! Hahaha!
Kecik-kecik da mampu pegang duit banyaaak sangaat

Kira-kira berapa jumlah. Cepat belajar sebab budak ni main angka besar!
Ini adalah kertas yang ada padanya adalah nota janji yang diberikan oleh kerajaan saya. Besar ke nilainya?

Saya memang tersangat kayakan? Tapi pada mata kasarnya....saya miskin!

Aku boleh pegang 10 juta beb! Kau ada? Hahaha!

Ada lagi niiii...60 jutaaaa!!! Aku kaya gilaaa!! Hahaha!

Walaupun aku nampak macam kaya tapi....10 juta Zimbabwe aku laku ditukarkan hanya 10 Dollar atau RM30 jeeee...Sedih sangat!!!!

Lebih dari trillion ni abg! Tak tau apa nak sebut...zillion kot...tolonglah angkat, berat sangat ni! Kalau ada emas,tak delah berat sangat

Leceh betollah! Asal nak pi keluar je, kena bawa duit bebanyak...kena isi dalam beg lagik...aiyya...negara lain tak delah teruk sangat inflasinya..Menyesal tak simpan emas...padan muka akuu!
Letih aku bawa macam ni hari-hari!!!! Ntah berapa kilo nii.. Kalau emas main gram jee...ringan beb!
Nahhhh....amik ko!! 

50 juta...bangga jap walaupun tak de nilai sangat berbanding emas...haha!

Perkara biasa jika korang beli barang dekat sini. Berjuta regenya..hehe

Sedihnya nilai terlampau besar tapi nilai kurang sangaaat

Inilah individu yang bertanggungjawab kesan inflasi ni...Mugabe!

Kaya sangat aku ni! Mental jap dapat pegang 100 Billion!!

Wow! 3 biji telur untuk 100 Billion!

Bagi laluan untuk aku letak duit!!

Sekali makan, 1 billion lebih...membazirkah aku???

Sapa nak, amiklah

Yeahhh!! Dapat Duit baru!! Nilai tak besar macam dulu...tinggi gila inflasi!!!

Tapi macam sama je...walaupun angka kurang tapi kepingan kertas macam lebih kurang sama banyaknya...aiyayaya...4 biji tomato untuk berpuluh keping kertas...

Hanya sebuku roti untuk ketebalan duit ni...

Tiada apa yang perlu dibangga...sedih lagi adalah!

Emmm...

Sudahkah anda bersedia mengalami seperti mereka? Jika anda simpan aset, Insyaallah anda selamat seperti diatas. Sebab aset bertindak sebagai follower kepada inflasi. Dengan kata lainnya, aset kalis inflasi.

Simpan EMAS sekarang sebelum duit kertas tiada NILAI!

Monday, April 16, 2012

Top 20 Simpanan Emas Negara

Dimana Malaysia?

Sunday, August 28, 2011

Peratusan Yang Cukup Berbeza

Tahukah anda bahawa peratusan harga emas adalah tidak sama dengan perak? Ya! memang tidak sama langsung! Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri..Apakah kelebihannya? Lihat gambar dibawah :


Peratus kenaikan emas untuk tempoh 1 hari, 30 hari, 6 bulan, 1 tahun dan 5 tahun
Tungguu!!!..bandingkan yang ini :
Peratus kenaikan perak untuk 1 hari, 30 hari, 6 bulan, 1 tahun dan 5 tahun
Bagaimana? Tersangat bezakan?? hihihi..pasti anda tertanya,logam mana satukan yg untung untuk disimpan? Jawapan aku...
"Lebih untung anda simpan kedua-dua logam,emas dan perak..dapat dua-dua kelebihan daripadanya..peratusan memang berbeza tapi,dari aspek lain,peratusan kenaikan emas tak banyak tapi nilaian MYR cukup tinggi berbanding perak..peratusan tinggi tapi nilaian MYR rendah.."
Anda pasti akan cakap "lahh...baik simpan emas aje.."

Contoh emas 1 gram PAMP SUISSE
Jawapan aku "simpan dua-dua sebab,sampai satu masa,harga emas akan sampai RM300/gm!! Dan tidak semua orang mampu beli ketika itu...pada masa itu,mereka akan mencari alternatif pelaburan yg lain yag jauh lebih murah daripada emas..apakah itu? Perak! ya,perak! Oleh itu mari kita simpan emas dan perak dari sekarang! =)

Contoh perak Silver Towne 1 ounce (31.10 gram)
P/S : Fast Action, Fast Result!

Saturday, August 13, 2011

Emas Tak Naik Sebenarnya...Tapi...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anda semua! Semoga puasa kita pada tahun ini,1432 Hijrah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan puasa penuh yer =)

Hafiz : Aku nak kasi tau yang emas ni tetap..dari zaman Nabi Muhammad S.A.W hingga sekarang,tetap sama atau bahasa omputihnya,constant...."
Sahabat : "Tetap?? Dah tu,yang harga emas naik tuh macam mana lak?Melambung-lambung tingginya..tu pun ko kata tetap???
Hafiz : Secara zahirnya,ko akan nampak nilainya naik bukannya tetap..tapi! jangan tertipu!
Sahabat : Hah? Jangan tertipu?? Macam mana tuh? kasi ler pencerahan skit?
Hafiz : Boleh. Begini,emas kalo ko simpan 10 gm selama 5 tahun contohnya. Adakah emas ini akan beranak menjadi 25gm? 20 gm??
Sahabat : Oit! 10 gm laaa...takkan boleh beranak kott..hagak2 ler!
Hafiz : Yup! Nilai emas naik disebabkan jatuhnya nilai mata wang kertas! Bila jatuh,nilai emas akan naik dan menjadi mahal! Pendek kata,semakin jatuh nilai mata wang kertas,makin mahallah nilai emas! Dibawah ni,aku sertakan sekali graf emas,graf mata wang kertas pelbagai negara.

perbandingan nilai sebenar emas dan duit kertas

Graf yang cantik (persilangan 'X')
Sahabat : Erm...aku da nampak da sekarang...begitu rupanya...duit kertas bukanlah kekayaan yang sebenarnya..sebaliknya emas adalah kekayaan sebenar! Rugi rasanya simpan duit kertas lelama..semakin susut dan...kita akan semakin miskin...
Hafiz : Kekayaan kita dirompak teranga-terangan oleh inflasi!
Sahabat : Inflasi? Pernah dengar tapi tak berapa jelas..
Hafiz : inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa. Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.

Sahabat : Baguslah ko memang hebat!! Tau semuanya!

Hafiz : Mana ada hebat.Tu semua aku baca dan copy dalam wikipedia..ko taip ler INFLASI then keluar cerita detail mengenainya..cuma...

Sahabat : Kenalah rajin membacakan??
Hafiz : Yezza! Itu sudah semestinya! Rajin membaca,banyak ilmu yang dapat..bangsa berjaya, bangsa membaca..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...