Apa yang anda target? Tidak kiralah target anda besar atau kecil. Targetlah untuk mencapai setinggi langit. Jika tak dapat capai langit, sekurang-kurangnya anda sudah capai awan. Menarik bukan? Biarlah apa yang anda target itu realistik bukannya memang anda tidak mampu. Ikut peringkat demi peringkat. Bila da ikut stepnya, Insyaallah target yang kita rasa memang tak boleh pasti akan dapat dicapai :)
Thursday, March 29, 2012
Sunday, March 25, 2012
Saturday, March 10, 2012
RM4,500 Simpanan Adik Hangus Terbakar
RM4,500 hangus terbakar dan tidak dapat diselamatkan! Jika RM4,500 itu ditukarkan dalam bentuk emas fizikal, sekalipun emas terbakar dan hitam, ianya tetap bernilai. Walaupun secara fizikal kita lihat hitam. Hatta, emas itu lebur sekalipun,ianya tetap bernilai.Itulah salah satu kelebihan emas fizikal.Sanggupkah anda hilang kesemuanya? Jika tidak sanggup, tukarkan duit KERTAS kepada EMAS FIZIKAL! Sekurang-kurangnya anda ada back-up lain!
Thursday, February 16, 2012
Pegawai Rugi RM50,000, 45 Jongkong Perak Dicuri
Tergempar! Baru-baru ni kita dikejutkan kecurian 45 ketul jongkong perak yang bernilai RM50,000! Ya Allah! jumlah tu cukup banyak! Rumah seorang pegawai kerajaan telah dipecah masuk ketika mereka bercuti di Pulau Langkawi 18 Januari lalu. Lantas, lelaki ini membuat laporan polis mengenai musibah yang berlaku. Pihak polis sedang menyiasat perkara ini dan pihak polis berkerjasama dengan syarikat pengeluar produk ini, Public Fine Gold International Sdn Bhd.
Ianya memudahkan untuk menjejaki perompak terbabit. Public Gold (PG) telah membuka semula rekod jualan mereka yang pernah dibeli oleh lelaki yang berpangkat pegawai tersebut. Dan pihak PG telah menyenaraikan no siri jongkong perak yang pernah dibeli dan mengeluarkan notis kepada semua pengedar-pengedarnya supaya dilarang sama sekali membeli jongkong perak yang mempunyai no siri berikut. Jika terdapat penjual yang menjual jongkong perak dengan adanya no siri tersebut, cepat-cepatlah menghubungi pihak polis sendiri atau pihak PG!
Lihat, walaupun ada peti besi di dalam rumah, tapi itu tidak menjamin keselamatan barang berharga anda! Langganilah peti keselamatan deposit bila mana anda keluar bercuti atau kemana-mana jika mengambil masa yang lama! Peace of mind beb! Bersama-samalah kita ambil pengajaran dan iktibar perkara ni.
Tuesday, February 14, 2012
Berhati-Hatilah Dengan Skim Pelaburan Emas
Siapa yang tidak tertarik dengan pulangan 3% sebulan atau 36% setahun kan? Itulah janji yang ditawarkan oleh pelaburan skim emas. Namun, tindakan tersebut sudah dihidu oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Syarikat skim ini tidak didaftarkan secara sah! Habis duit pelabur-pelabur lebur begitu sahaja. Apa yang menyedihkan, kebanyakkan yang terlibat adalah golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Al-Hasil, inilah akibat dan risiko yang perlu ditelan walaupun terlalu amat pahit untuk ditelan. Kenapa perlu meyerahkan duit anda untuk diuruskan oleh orang lain yang anda sendiri tidak pasti akan statusnya? Jadi, apakah cara untuk mengurangkan RISIKO?
Ada!
Simpan emas perak fizikal!
Pelaburan ini lebih selamat kerana anda beli emas dapat emas ditangan. Anda boleh pegang, sentuh, raba, ramas, rasa berat dan auranya sendiri! Emas di depan mata anda! Bukan beli emas, anda dapat buku! Bukan anda dapat kertas! Kenaikannya tidak sehebat skim pelaburan emas tapi 1 tahun emas boleh pergi 25.40%. Tolak inflasi 5% berbaki lagi 20.40% lagi. Banyak lagi. Gambar di bawah adalah buktinya :
Simpan lagi lama, lagi tinggi kenaikannya : 5 tahun = 124.14%! Walaupun harga emas mengalami kejatuhan selepas 6 bulan tapi ia boleh cover lagi untuk 6 bulan berikutnya! Hasil emas boleh lihat sekurang-kurangnya 1 tahun dan ke atas.
Bagaimana pula dengan perak? Untuk 6 bulan, harga perak mengalami kejatuhan yang agak tinggi. Perak sesuai untuk simpanan jangka masa panjang sehingga 5 tahun.
Turun atau jatuh harga emas perak, anda tak perlu risau sebab barang ada di tangan anda. Sedikit sebanyak anda tidak hilang semuanya (total lost) seperti di dalam pelaburan skim emas. Namun, kejatuhan harga emas perak tidaklah lama, memandangkan sandaran emas perak itu terikat kepada mata wang kertas. Selagi mana duit kertas terus dicetak tanpa disandarkan nilai emas, selagi itulah harga emas bakal melambung tinggi! Insyaallah!
Jadi, bagaimana nak dapatkan emas fizikal? Kami ada penyelesaiannya. Kepakaran kami ialah membimbing anda pelaburan emas perak fizikal dengan lebih jelas dan bermatlamat. Kepakaran lain kami juga, menjual dan membeli emas fizikal yang anda dapat di tangan. Bertindaklah menyimpan emas sekarang! Hubungi 013-2955679 untuk mendapatkan info, maklumat serta pencerahan mengenai apa yang tidak jelas secara PERCUMA! :)
Thursday, February 9, 2012
Sedikit Tetapi Berterusan
Assalamualaikum dan salam sejahtera! Semoga anda terus sihat, kaya dan berjaya hendaknya. Topik kali cukup menarik dan aku sendiri pun suka! Sedikit tapi berterusan biasa kita dengar di dalam melakukan perkara-perkara amal kebaikan yang mendatangkan pahala kepda kita. Walaupun ianya tidak mengalami perubahan drastik tapi sedikit demi sedikit ke arah kebaikan sudah ada. Sama juga dengan konsep kita menyimpan wang! Kita perlu malah mesti atau kata agak radikalnya, WAJIB menyimpan wang masa depan kita supaya lebih terjamin. Tak kira sedikit atau banyak. Irfan Khairi memberi cadangan, simpanan kita sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan kita! Bermakna...
Contoh Mudah :
Gaji Anda : RM2,000/sebulan
Simpanan RM2,000 x 10 % = RM200!
Baki Gaji : RM1,800
(barulah digunakan untuk bayar hutang,perbelanjaan dll)
Bayarlah untuk diri anda sendiri setelah penat lelah anda berkerja!
Contoh Mudah :
Gaji Anda : RM2,000/sebulan
Simpanan RM2,000 x 10 % = RM200!
Baki Gaji : RM1,800
(barulah digunakan untuk bayar hutang,perbelanjaan dll)
Bayarlah untuk diri anda sendiri setelah penat lelah anda berkerja!
Tapi! Ada saja alasan yang bakal kita dengar iaitu :
"Lambat lagik nak pikir. lek lu"
"Kalau aku simpan pun,tetap guna jugak duit tu.Kena lak ada ATM kad.Sonang je raso"
"Dari aku simpan duduk diam-diam gitu,baik aku beli sport rim kete ke, tukar smartphone ke, tukar motor ke..kurang-kurang pun aku boleh guna wat harian"
Tahukah anda, alasan-alasan seperti inilah pasti akan memudaratkan diri / memakan diri anda sendirik! Sebabnya, awal-awal lagi da setting dalam minda tak nak mula menyimpan lagi. Nah! Alhasil yang anda dapat, anda akan mengalami kepeningan nak carik duit untuk anak-anak nak sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Lagi-lagi bila da masuk universiti. Mulalah tergaru-garu,terpaksa berkerja keras nak carik duit nak bayar yuran walaupun da tua. Bila rasa diri tak mampu nak tampung, terpaksalah apply pinjaman PTPTN.
Ya,mungkin anda akan kata : bolehlah cakap sebab dia ada duit manyak, bolehlah kau hidup senang, bolehlah hang peniaga emas, bolehlah kau tu mak bapak memang da kaya-raya, bolehlah...bolehlah...dan segala macam bolehlah..Ini pun menjadi masalah yang amat serius sebenarnya! Sedangkan amalan menabung boleh dipupuk sejak dari awal lagi.
Selagi mana ada alasan,selagi tulah kita takkan bergerak. Kita perlu paksakan menabung. Kadang-kala cara memaksa pun ada baiknya demi kesejahteraan kita kita jugak.
Ya,mungkin anda akan kata : bolehlah cakap sebab dia ada duit manyak, bolehlah kau hidup senang, bolehlah hang peniaga emas, bolehlah kau tu mak bapak memang da kaya-raya, bolehlah...bolehlah...dan segala macam bolehlah..Ini pun menjadi masalah yang amat serius sebenarnya! Sedangkan amalan menabung boleh dipupuk sejak dari awal lagi.
Selagi mana ada alasan,selagi tulah kita takkan bergerak. Kita perlu paksakan menabung. Kadang-kala cara memaksa pun ada baiknya demi kesejahteraan kita kita jugak.
"Simpanan apa yang lebih baik?"
Simpanan dalam bentuk fizikal seperti simpan emas dan perak. Jika tak berkemampuan beli emas, beli perak. Sebab harga perak masih lagi murah jika dibandingkan dengan harga emas. Pendek kata lihat pada bajet kita jua. Jika anda berkemampuan beli jongkong perak, beli perak. Aku punya servis cukup mudah untuk memudahkan korang semua..
Contoh :
Beli 1 aun silver bar setiap bulan
Harga : RM140/pcs*
12 Bulan : 12 pcs simpanan silver bar
Bila sudah cukup nak beli 1 Dinar :
Jual 12 aun silver bar
Belian : RM110*
Jumlah : RM1,320
Beli 1 Dinar berketulenan 916 @ rantai tangan 99 dll
*harga jualan dan belian berubah jika berlaku kenaikan emas perak rujuk http://goldprice.org/Calculators/Gold-Price-Calculators.html
Pengakuan dari seorang customer tetap aku sendiri mengatakan dia terpaksa tukarkan duit kertas untuk mengelakkan dirinya dari terus cucuk duit di mesin ATM. Pendek kata duit tu mudah sangat dicairkan. Akhirnya, dia mengambil alternatif, menyimpan emas perak dari wang gaji yang diterimanya setiap bulan. Sedikit sebanyak dapat membantu untuk dia menyimpan. Alhamdulillah, sekarang dia sudah ada beberapa simpanan silver bar. Jika ada bonus akhir tahun, dia simpan 1 dinar pula. Aku dengar pun cukup terharu atas tindakan yang dibuat. Setiap bulan dia akan beli 1 aun silver bar sebagai simpanannya untuk masa depannya supaya lebih terjamin.
Anda bila lagi? Ada baik jugak rupanya memaksa diri untuk menyimpan dari tak simpan-simpan! Renung-renungkanlah..Aku doakannya, anda kaya dan berjaya :)
Tuesday, January 17, 2012
Royal Safe Deposit Box (RSDB)
Setelah jenjalan cari peti keselamatan di SDB di Summit, singgah untuk survey jap Royal Safe Deposit Box (RSDB) di Mentari Business Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Agak sibuk lagi sesak datang sini naik kereta. Aku prefer naik motor lagik dari naik kereta sebab jem. Tempatnya dekat tapi bila mana da jem,tempat dekat jadi lamaaa gitu..RSDB ni terletak satu bagunan dengan opis Public Gold (PG) cawangan Sunway. PG ada join venture dengan RSDB untuk simpan stok emas fizikal diorang disini.Senang koje..selamat pun selamat..hihi
Ini pintu masuk RSDB di tingkat bawah sekali. Senang korang nak berurusan. Tak perlu panjat tangga. Turun dari kereta,terus masuk.Alamat : 42A-1 Jalan PJS 8/6, Mentari Business Park,46150 Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Pun sama,ada 5 pilihan kotak keselamatan yang ditawarkan. Dari sekecik kotak sehingga segabak. Kalau korang banyak barang berharga nak simpan, better amik yang besar teruss..
Ini rates harga bagi RSDB. Ianya agak mahal tapi cover insuransnya cukup besar iaitu RM100k untuk satu kotak. Tak kira la kecik ke besau.Berbaloi-baloi tuu..RSDB menawarkan pelan sehingga 5 tahun ko! Puas hatila..walaupun beribu tapi untuk sekali sahaja..kena bayar balik semula 5 taon akan datang..macam-macam oo boleh berlaku lima tahun..mungkin aku da kahwin kot..haha
Subscribe to:
Posts (Atom)








