Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada anda semua! Sedar atau tidak,kita sudah berada di penghujung tahun 2010 dan di ambang tahun baru 2011.Tinggal lagi beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkau tahun baru,umur baru,azam baru,impian baru,strategi baru,matlamat baru dll..

Dikesempatan masa yang ada pada hari ini,hari Jumaat 31/12/2010 bersamaan dengan 25 Muharam 1432 Hijrah,kami di KSP Gold Trading Enteprise ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011! Semoga tahun 2011 ini lebih baik dari tahun 2010.



Apakah azam anda untuk tahun baru 2011 nanti? Bagi mereka yg sudah merealisasikan azam 2010,tahniah! Bagi mereka yg tidak sempat untuk merealisasikan azam 2010 yg lalu (aku jugak.hehe) ,jangan rasa kesal dan sedih. Bawa kehadapan azam tahun lepas ke hadapan.Cubalah untuk direalisasikan pada tahun 2011 ni! Rancanglah dengan sebaiknya.. Biarlah kita banyak merancang,sekurang-kurangnya kita ada target. Dari mereka yg tak rancang, pasti tersasar.Ingatlah,kita yg merancang tetapi yg menentukan hanyalah Allah s.w.t. Dan pastinya, kita perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh!

Bagi anda yg masih tercari-cari apakah perniagaan atau pelaburan yg best, saya cadangkan anda berniaga emas dan mendapat keuntungan yg lumayan seperti peniaga-peniaga di luar sana. Hanya bermodalkan RM1,000 sahaja,sudah boleh jalan..tapi emasnya dapat sikitlah.Anda akan dapat adalah,penimbang emas, teropong emas, bimbingan serta harga emas yg murah dari harga pasaran!

Bagi mereka yg berminat emas dan ingain menjadikan alternatif pelaburan selain wang kertas,anda tetap mendapat harga yg murah dari pasaran! Kaliskan harta anda dari dimakan inflasi setiap tahun. Seperti contoh :

RM100,000.00 disimpan didalam bank pada tahun 2000.

5-7% inflasi naik setiap tahun.

Genap 10 tahun yakni pada 2010, semak semula memang jumlah wang anda sebanyak RM100,000.00

TETAPI!

Kuasa membeli kita hanyalah RM41,000.00 SAHAJA!!

YA! Itulah hakikatnya!! Mari kita simpan emas bagi mengakis dari ditelan inflasi atau dirompak oleh inflasi. Berminat? Hubungi saya di 013-2955679 @ 017-6323800 =D











Sunday, December 26, 2010

Rekod Kewangan Kita Di CCRIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sudi membaca blog aku.Aku amat menghargainya.Posting kali ini adalah mengenai pengalaman terbaru aku dalam tajuk nih.

Aku sekarang sedang memohon loan untuk membeli rumah kos sederhana di Seri Angkasa,Seksyen 27,Shah Alam.Setelah selesai aku bagi dokumen yg diperlukan oleh pihak bank,tak lama kemudian,orang bank call aku untuk tanya perkara yg berkaitan.Macam-macam dia tanya,da bapa lama keje? pernah x wat personal loan? dll.Sehingga suatu hari,orang sana call.Dia tanya aku..

Pihak Bank : "En. Hafiz pernah buat loan sebelum ini sebanyak 2k ke?

..Aikkkk?? pelik kebebenor bunyinye..x pernah lak aku wat loan rumah sebelum ni..aku pun cakap...

Aku : Eh,x pernah2 sy wat pinjaman sebelum ni Cik.Ini adalah kali pertama sy wat pinjaman bank untuk beli rumah pertama nih..(jawab aku dgn seyakinnya)

Pihak Bank : Oo..tapi,kami semak,En.Hafiz pernah wat pinjaman sebelum nih..

Aku : Pulak! Begini Cik,sy memang tak pernah wat pinjaman lain.Ini adalah pinjaman pertama saya nak beli rumah...

Pihak Bank : Ooo..ok.x mengapa En. Hafiz.Thank you..

Aku : Orait.Most welcome..

Lantas,aku pun maklumkan kepada abg sulu
ng aku,Mohammad Syahman yg mana dia merupakan seorang pelabur yg main bidang hartanah ni.Kebetulan jugak,abg aku de join untuk 4 Langkah Mudah Untuk Jadi Hartawan Hartanah yg dianjurkan oleh Tuan Bri.Dia pun tujukan hal ini kepada otai hartanah.Dari jawapan yg diberikan,aku dapat simpulkan disini ialah :

"Jika kita ada emas dan pernah melakukan Ar-Rahnu di bank-bank yg menawarkan Ar-Rahnu,nama kita akan tersenarai dalam CCRIS iaitu CUSTOMER CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM.Ianya menjadi sumber rujukan terpenting di kesemua bank-bank di Malaysia.Dari situ jugaklah,pihak bank boleh tahu berapa banyak korang berhutang.Jenis hutang macam kereta ke,motor ke,rumah ke,kad kredit ke.Pastu diorang boleh tau cara komitmen bayaran setiap bulan kita.Adakah kita bayar setiap bulan dengan cantik atau buruk.Kot2 ada tunggakan kereta sampai 3-4 bulan."

Menurut abg aku,org bank call sekadar nak tau sahaja.Macam emas tiada masalah sangat sebab tempoh bayaran semula adalah 6 bulan.Selasai 6 bulan bayaran,rekod kita adalah bersihhh...hihi..tak macam pinjaman yg kena bayar setiap bulan seperti contoh kad kredit,short je 1 bulan tak bayar,masuk je 2 bulan,org bank akan call tanya bila nak bayar..jadinyadisplinkan diri kita untuk bayar hutang bank.Itu aje..

Insyaallah,loan rumah aku berkemungkinan/harapan cerah boleh lulus...Amin ya rabbal alamin..Ayuh kawan2,mari kita kumpul aset dari liabiliti seperti beli rumah,emas dll aset.Ingatlah,aset bermakna sesuatu yg akan naik nilainya pada masa depan.Manakala liabiliti merupakan sesuatu yg akan susut nilainya kelak..renung-renungkan dan selamat beramal..hehe..macam Prof Izzi la plak =D














Wednesday, December 8, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.Semoga anda ceria-ceria selalu.Tidak terlewat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Islam,1432 Hijrah kepada anda semua.Semoga kita berhijrah dari kurang baik kepada yang baik,yang baik kepada yang lebih baik.Begitulah seterusnya.Sedar tak sedar,umur kita semakin meningkat setiap tahun.

Pernahkah kita memikirkan apakah yang semakin jauh dan semakin dekat dengan kita?Ya,betul jawapan anda.Masa semakin lama semakin jauh dengan kita manakala MATI itu sudah semestinya semakin hampir dengan kita.Oleh itu,bersama-samalah kita mempersiapkan diri untuk disana.Jadikan di dunia ini,sebagai tempai kita berkebun dan mendapat hasil serta pulangan kita di akhirat kelak.

Salam Ma'al hijrah semua =D

Pada 3,4,5 Disember baru-baru ni,Mak Busu aku yaitu Makcik bongsu sebelah arwah ayah aku di Negeri Sembilan Darul Khusus, telah selamat dinikahi oleh seorang lelaki pilihan hatinya dari nogori Melako Bandaraya Bersejarah.Kemudian disusuli pula kenduri kahwinnya pada hari Ahad.Meriah juga perkahwinan orang kg disana.hehe..seronot beb!

Bergambor dongan pengantin dan sedara-mara yg lain =D

Kebetulan masa aku duduk melihat kerenah tetamu-tetamu yg hadir,datang seorang makcik yg jugak sedara-mara aku yg nak jual rantai leher jenis emas paun yakni berketulenan 835.Alhamdulillah,sambil-sambil datang sini,dapat rezeki daripadaNya..Syukur =)


Hayatilah doa awal dan akhir tahun=D

Alhamdulillah,pada Isnin malamnya,aku dengar tazkirah mengenai kupasan lebih lanjut apa itu HIJRAH.Bila aku dengar tazkirah tu,timbul rasa semangat untuk tahun baru ni.Aku pasangkan niat baru dan impian yg perlu dilaksanakan.Apa yg penting,kita perlu ada target! Jadi,apa target anda untuk tahun baru ini? Nak jadi pengedar emas ditempat anda sendiri? Boleh! tiada masalah! Amat dialu-alukan. Hubungi aku di talian 013-2955679 / 017-6323800 =)




















Friday, November 19, 2010

Tisu Tandas Dollar?


KUALA LUMPUR 1 Nov. – Penggunaan dinar emas perlu dipertimbangkan oleh semua kerajaan negara dunia kerana kestabilan nilainya berbanding penggunaan mata wang yang tidak menentu naik turunnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, langkah menggunakan dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang
Katanya, dolar AS kini sudah tidak bernilai seperti mana beberapa tahun dahulu dan penggunaan mata wang kertas juga tiada lagi sehebat sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997/98 dan penggunaan dinar emas adalah jalan penyelesaian terbaik.
“Mata wang AS kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Bagaimanapun, kata bekas Perdana Menteri itu, dinar emas tidak sesuai untuk digunakan dalam urus niaga runcit seperti mana hasrat Kerajaan Kelantan yang mahu menggunakan dinar emas dalam transaksi jual beli.
Mengulas lanjut kata beliau, penyusutan nilai dolar AS pada ketika ini menjadi satu masalah yang cukup besar kepada negara-negara yang menyimpan dan bergantung kepada nilai mata wang itu.
“Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, pasti akan ada perang mata wang dan sudah tentu, menyumbang kepada krisis,” katanya.
Beliau tetap berpegang bahawa emas mempunyai nilai kukuh dan merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang.
“Mata wang tidak ada sokongan kecuali dicari oleh orang ramai. Sekiranya negara-negara mula menurunkan nilai mata wang mereka, akan berlaku kekecohan dalam perdagangan antarabangsa,” kata Dr. Mahathir.
Terdahulu dalam ucaptamanya, negara-negara Islam mesti membangunkan pengurusan sistem kewangan Islam yang berhemat. Ia mesti lebih baik berbanding sistem kewangan konvensional sedia ada, yang mampu menampung kejutan dan tidak dimanipulasi penyangak.
Dengan peserta industri mencari jalan untuk mencergaskan kewangan, sistem kewangan global sendiri amat memerlukan pengurusan yang sempurna, katanya.
“Saya jangka kewangan Islam akan berkembang, tetapi cabarannya ialah pengurusan berhemat dan sistem yang lebih baik. Jangan ikut sistem konvensional yang berurusan dalam segala bidang,” katanya.
Antara gesaan beliau kepada negara Islam ialah menggunakan dinar emas sebagai alternatif, bagi mengurangkan pergantungan terhadap dolar AS sebagai mata wang global untuk perdagangan.
Sumber :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ulasan dari ku :
Itulah hakikatnya.Bekas pemimpin Malaysia sendiri pun kata gitu.Selagi mana mata wang Malaysia bersandarkan US Dollar,selagi itulah kita berdepan risiko dengan kegawatan ekonomi.Ibarat telur di hujung tanduk.Bila-bila masa sahaja kegawatan ekonomi boleh berlaku.Oleh itu,marilah kita mula menyimpan emas dari sekarang sebelum ianya menjadi lebih mahal. Jadikan emas sebagai simpanan alternatif selain wang kertas.Kemudian anda bandingkan kedua-duanya.






Wednesday, November 17, 2010

Salam Eidul Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.Khasnya pembaca setia http://emasgram.blogspot.com Maaf,sudah lama aku tak update posting baru.Aku sebelum ni hanya update yg posting lama.Insya Allah,akan ku akan posting post baru sekurang-kurangnya seminggu 1 kali.Bermakna,4 posting baru untuk 1 bulan.Insya Allah,semoga Allah S.W.T memberi sedikit ruang untuk aku menulis blog =)

Selamat Hari Raya Eidul Adha.Maafkan diriku yang lemah ini.Semoga kita mengaplikasikan pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintahNya.Alhamdulillah,aku baru selesai melapah daging lembu tengah hari tadi.Seronok wat kerja ramai-ramai.Kerja cepat siap.Tapi yang tak bestnya,ada saja tangan-tangan pencopet yg mengambil daging-daging kurban.Ish, ish, ish..Tak baik tau amik hak orang lain.Makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita.Jika yang dimakan itu HALAL,Alhamdulillah.Tapi jika sebaliknya?Renung-renugnkan dan selamat beramal =)


"Barang siapa yang menunaikan haji kerana untuk mendapat keredhaan Allah dan tidak melakukan perkara maksiat dan keji akan bebas daripada dosa sebagaimana ia dilahirkan" (Mutafaquun Alaih)


Wednesday, September 22, 2010

Harga Kami Lebih Rendah Dari Pasaran

MILIKI EMAS SEBELUM IANYA MENJADI LEBIH MAHAL!!
Harga emas akan berubah mengikut harga semasa emas. KSP GOLD TRADING menawarkan harga yang rendah dari harga pasaran Faderation of Goldsmiths And Jewellery Associations of Malaysia (FGJAM). Tahun 2000, harga emas RM50++/gram dikatakan agak mahal. Tetapi, orang sanggup beli pada ketika itu. Itu cerita 10 tahun lepas la..La ni, tahun 2010. Nak tau harga untuk tahun ni, tengok gambar harga yang diambil di FGJAM. Sila rujuk di http://www.fgjam.org.my/ :


Harga pada 26 Ogos 2010
999 = RM145/gm!!
916 = RM137/gm!!

Biar betul??? Betul! Ini adalah betul2..Bukannya cobaan..Mahai gila! Tapi,orang tetap membelinya. Sebab?? Sebabnya,harga emas akan naik dari masa ke semasa. Tak caye jugak dia akan terus naik? Kita sambung tengok lak harga FGJAM di bawah :



Harga pada 28 Ogos 2010
999 = RM149/gm!!! (+RM4/gm)
916 = RM141/gm!!! (+RM4/gm)

"Perghhh!!!..naik tuh!! Padahal baru je naik!! Rugi rasanya tak beli masa awal lagi.Ni da naik pat hinggit satu gram..menyesal..baik aku beli barang kemas untuk bini aku sekarang sementara duit tongah ado..kalo tak, harganya akan terus mencanak naik." Kata Man dalam hati..Jap! Kita sambung tgk lak harga terkini lagi hangat di bawah :



999 = RM154/gm!!!!(+RM5/gm)
916 = RM146/gm!!!! (+RM5/gm)

"Oh My God!!! OMG!! Harga emas da naik lagi!! Alhamdulillah, aku da beli masa tuh..Ingat nak beli barang kemas untuk orang tersayang lagi..tapi....harge emas da naik...erm...x pe la..beli je lar..bukan untuk orang lain pun,untuk bini aku jugak.." Kata Man seorang diri..

Disatu petang yang indah, Man pergi ke pasaraya bersama orang rumahnya yang tercinta untuk membeli keperluan barang dapur yang sudah habis.Sebelum naik ke tingkat atas, tergerak hati Man untuk sesaja masuk ke kedai emas untuk tengok barang kemas terkini.Sambil disapa ramah oleh saleman disitu,Man terus bertanyakan harga emas 916.

Man : ni hari emas 916 RM bapa?
Jurujual : Oh..ni hari 916 ialah RM151..
Man : WHAAAATTT!!! (jeritnya dalam hati)..biar betul aku dongar ni??? Bukan aku tengok pada 24September RM146?? Alhamdulillah...harga emas da naik..syukur sangat-sangat. Tak rugi beli emas dan simpan emas.Kalau berniaga emas,mesti lagi untunggg...aku ingat nak berniaga emas la..macam best..ermm..=)


999 = RM160/gm!!!!! (+RM6)
916 = RM151!!!!! (+RM5)

Di petang yang redup, Man melayari internet. Tergerak hatinya untuk mengetahui tentang emas takkala dia mendapat kad bisnes dari seorang lelaki selepas solat Jumaat baru-baru ini. Maka, beliau pun menaip http://emasgram.blogspot.com.Lantas, muncul nama blog tersebut.Dia pun membaca segala isi kandungan di dalam blog tersebut.Dia tertarik satu tawaran yang ditawarkan/peluang oleh KSP GOLD TRADING iaitu PELUANG MENJADI PENGEDAR.

Man:wah...peluang menjadi pengedar dibawah rangkaian KSP GOLD TRADING.Ermm..aku boleh dapat harga murah dari harga kedai emas..Menarik tuh...Boleh la aku try tanya macam ne..

(Selepas 1 minggu)

Man : Alhamdulillah, aku kini sudah menjadi pengedar.Memang boleh dapat harga murah. Wat pa beli mahal-mahal,sedangkan boleh dapat harga murah..Harga naik ke, turun ke, aku tak kisah.Ooo..begini rupanya kelebihan menjadi peniaga emas..Tengok jap la harga emas hari ini berapa.....

Lantas Man pun menaip http://www.fgjam.org.my/

Man : Ya Allah! harga emas da naik! Alhamdulillah....walaupun stok lama tak terjual lagi,tapi stok lama tetap ikut harga terkini..baru aku faham sekarang...hihihi..ruginya aku tak tau peluang ni dari awal-awal lagi =)

999 = RM166/g!!!!!! (+RM6)
916 = RM157/g!!!!!! (+RM6)

Sesungguhnya, orang akan tetap membeli emas walaupun harga da mahal sungguh! Sebabnya, mereka da sedar yang nilai emas ni akan naik dari masa kesemasa..Tak rugi simpan emas sebenarnya..dari simpan duit kertas yang sememangnya tiada nilai tu beb! Duit kertas hanyalah kertas yang telah dijamin oleh Bank Negara Malaysia.Orang tetap kata ia bernilai padahal,ianya tidak ada nilai..Aku bukan nak kata,kita jangan gunakan duit kertas..Tetapi,kita wat la pelaburan alternatif selain pelaburan yang sedia ada di Malaysia..Kemudian,anda bandingkan kedua-duanya..baru anda tau..hehe..

Kami di KSP GOLD TRADING menawarkan harga yang murah dari harga pasaran di kedai-kedai emas seluruh Malaysia.Untuk keterangan lanjut mengenai emas, menjana pendapatan tentang emas, boleh lah hubungi aku di talian bebas tol tapi tolak kredit di :



013-2955 679

MILIKI EMAS SEBELUM IANYA MENJADI LEBIH MAHAL
KERANA, SETIAP GRAM EMAS ITU SUNGGUH BERNILAI =D

Monday, September 13, 2010

Alang-Alang Katakan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Di kesempatan ini, aku nak ucapkan :

"SELAMAT BERHARI RAYA, ,MAAF ZAHIR & BATIN. SEMOGA RAYA KITA TAHUN INI DISAMBUT MERIAH DI DALAM KESYUKURAN" =D

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran atas nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T yakni nikmat iman dan Islam. Tanpa kedua nikmat ini, siapalah kita kan? Aku raya ni dapat la cuti selama 2 minggu. 1 minggu sebelum raya & 1 minggu selepas raya. Ok pe, sape nak bagi..Hehe..Meriah betol raya aku kali ni. Raya pertama pi rumah sedara-mara di sekitar Puchong dan raya kedua beraya rumah pakcik makcik di Kg. Chuah, Nogori Sombilan. Eden sekeluargo poei tak lamo, sekojap ajo..cumo 2 haghi 1 malam..


Maafkan hamba yang lemah ini

Bila time rumah aku untuk dirayakan bersama2 sedara-mara, apa lagi. Sambil2 duk beraya, aku wat la promosi skit dekat diorang barang kemas 916, 999 dan Dinar emas. Bagi flyers, kad niaga dan pamplet Public Gold. Secara keseluruhan, reaksi diorang agak positif (+). Lagi2 sepupu aku yang akan bertunang dan bernikah. Memang kena la pada tempatnya..hehe..

Hari raya kedua dan ketiga lak hari Sabtu dan Ahad, aku gi beraya di Kg Chuah, N9. Yeahhh!! Balik kampung!! Sekali aku teringat lagu yang dinyanyikan oleh arwahyarham Sudirman. Best beb! Alhamdulillah, sambutan barang kemas di sana amat memberangsangkan!! Terjual la sudah 3 bentuk cincin 916 dan 1 rantai tangan 916. Makcik2 sana trade-in yang lama dan ganti yang baru. Seronok aku tengok diorang pakai barang kemas raya. Puas hati siot! Mana taknya, jualan tu hasil daripada usaha aku dan rezeki daripada Allah S.W.T jua. Kebetulan jugak, Busu aku pun akan melangsungkan pertunangan dan pernikahan tak lama lagi. Dia pun beli 1 bentuk cincin.

Terubat sudah rinduku di kampung =)

Seronok oo kalau kena hari2 orang beli. Memang masyuuk tuh!! Memang untung jual barang kemas nih. Lagi2 barang kemas berketulenan 916 dan 999..Hehe..Kalau korang nak tau rahsia menjana pendapatan emas secara aktif mahupun pasif, bolehlah hubungi aku di talian bebas tol tapi tolak kredit di 013-2955679 @ 017-6323800 =D

p/s :
  1. Kalau sesiapa yang nak jual barang kemas terpakai, kami sedia membelinya dengan harga emas terpakai dengan harga tinggi. Tak kira la emas ber'gred' berapa. Samada 999.9 @ 999 @ 950 @ 916 @ 835 @ 750 dan 375. Kesemuanya kami terima kecuali emas tipu @ celup @ sadur..
  2. Untung jual barang kemas ni. Kaum Hawa amat meminatinya.
  3. Berminat nak menjana pendapatan dengan emas,boleh hubungi aku (n0. hp di atas)
  4. Anda berusaha lebih,dapatlah lebih tapi kalau malas nak berusaha, alamatnya tak majulah perniagaan kita kan? Anda buat, anda dapat =)
  5. Berhati-hatilah ketika memandu samada anda baru nak pulang ke kampung halaman atau nak pulang ke bandar. Ingatlah orang tersayang..hehe =D

Kalau mengantuk, berehat & tido sebentar ya!










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...