Friday, August 13, 2010

Pengalaman Memajak Di UNIKEB

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini 1431 Hijrah.
Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan puasa pada tahun hadapan adalah lebih baik daripada tahun ini.Insya Allah,Amin ya rabbal alamin =D

Tajuk post aku kali ni memang terrrrrrsangat (bunyikan rrrrr tu seperti iklan coca -cola) best! Hi hi hi hi...Aku dapat pengalaman mahal untuk dikongsikan kepada korang semua iaitu memajak dan menebus semula di koperasi UNIKEB. Salah satu kelebihan menyimpan emas nih ialah emas dapat pi pajak untuk mendapatkan duit. Selalunya kita dengar orang yang dok pi pajak ni ialah mereka2 yang tak berduit! Hahaha..tu persepsi orang dulu2 lar. La ni orang gi pajak adalah untuk men'top-up'kan emas diorang. Dari 10 gram kepada 100 gram...Dari 100 gram kepada berkilo2 emas tu beb! Ramai yang takut bila dengar pajak emas. Kenapa? Why? Limaza? Sebabnya,diorang risau nanti nak kena bayar balik.

Sebonarnya,memang pon kita kono bayar semula duit pinjaman tu. Yang menjadi malangnya, diorang pi pajak emas sekaligus semua!!!! Takde back-up emas lain (di tangan). Tu yang menjadi bebanan bagi mereka..Mau menagis nak membayarnya..hihi..Tu namanya memajak tanpa strategi..Tak kira la apa pun jenis korang wat samada pelaburan ke, bisnes ke dll perlu ada strateginya...Pandai atur strategi,banyaklah pulangannya..Dengan tunjuk ajar sifu Pokya, aku dengan langkah berani dan semangatnya, melakukan kes di koperasi UNIKEB. Perjalanan dari tempat tinggal aku, Puchong mau amik masa dalam 30 minit gitu. Itu kalo naik motor. Bila jumpa simpang 4 UKM, aku layan lap ke kanan dan rempit teruuuus..UNIKEB disebelah kiri. Ada sign board lagi.

Motor ku parking dengan back reverse supaya senang nak lari kalo kena kejo..hihi..Sebelah motor aku tu ada naked bike siot! Motor idaman kalbuku, Kawasaki er6-n.Insya Allah, ada rezeki lebih apa salahnya nak memilikinya...Dalam tu macam2 adoo!! Ada Bank Rakyat, Bank Muamalat, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional dll.

Pintu masuk UNIKEB

Bukti surat pajak dari UNIKEB


Surat pajak pandangan belakang


Resit untuk proses dan pendaftaran


Duit hasil dari pajakan di koperasi UNIKEB $$$


Dengan duit pajak + duit simpanan aku sikit,dapat beli gelang emas 999 seberat 20 gram daripada abang Zakaria Ismail =)

Alhamdulillah,aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dipermudahkan urusan memajak atau rempit di koperasi UNIKEB,Bangi.Boleh tahan jugak jauhnya.Aku rempitkan syiling 1 Dinar Public Dinar x2 keping dan 5 Dinar Public Dinar x1 keping Kesemuanya 7 Dinar. Aku beli barang kemas dengan sebab :

1)Barang kemas mudah dirempitkan di bank-bank yang menawarkan Ar-Rahnu seperti di Bank Rakyat, Agro Bank, Bank Islam dll. Lagi-lagi kalau korang nak tambahkan stok emas baru.

2)Barang kemas mempunyai auranya yang tersendiri. Kaum hawa sukakan barang kemas kerana mempunyai design yang cantik.Ianya lebih tertarik jika dibandingkan dengan syiling dan bar emas.

3)Tempat untuk rempit barang kemas adalah banyak jika dibandingkan dengan syiling dan bar emas. Syiling Dinar hanya boleh dirempitkan di koperasi UNIKEB dan Agro Bank,Nilai. Manakala bar emas pula di Agro Bank, Nilai.Jauh tu lagi-lagi aku yang duduk Puchong nih.

4)Jimat minyak oo.Aku naik motor pun da rasa banyak. Apatah lagi kalau naik kereta.Tak campur kos Tahan Orang Lalu a.k.a TOL lagi.hehehe..









Tuesday, July 20, 2010

Pentingnya Pendapatan Sampingan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua...
Mulakan setiap perbuatan mahupun pekerjaan kita dengan niat yang baik.
Insya Allah,setiap apa yang kita kerjakan akan dianggap ibadah =)

Tajuk posting aku kali ini yang ingin aku sampaikan serta kongsikan bersama dengan korang semua berkenaan dengan pentingnya pendapatan sampingan. Sebagaimana yang kita maklum,kehidupan seharian kita memerlukan duit dan kita perlu bekerja untuk mendapatkan duit. Tidak berkerja maka kita tak lah dapat duit. Ditambah lak dengan kenaikan harga minyak dan seterusnya menaikkan lagi harga barangan-barangan lain. Yela,naik 5 sen tapi barang-barang lain macam mana? Semua barangan dihantar menggunakan lori yang minum minyak petrol mahupun diesel. Aduhai...Untuk aku mempercepatkan lagi menjadi ejen emas Public Gold ni,aku kena berusaha lebih dari yang biasa. Aku sekarang mengambil upah mengajar anak-anak orang mengaji. Alhamdulillah...sedikit sebanyak bertambah pendapatan sampingan aku.

Inilah budak-budak yang aku ajar mengaji.Nakal-nakal diorang ni


Nak duit lebih,kena la usaha lebih. Kita kena keluarkan diri kita dari zon selesa. Paksakan diri kita untuk berusaha. Kadang-kala paksaan itu penting. Banyak kebaikan jugak sebenarnya. Kalau tak, kita masih di takuk yang lama. Tak best la hidup gitu kan? Kita nak jugak rasa seperti seorang majikan.Takkan nak kerja dengan orang selamanya. Barulah hidup kita advance! Apa pun, kita mestilah mempunyai sumber pendapatan lain selain pendapatan aktif sedia ada. Adalah baik jika sumber pendapatan kita lebih dari 1 punca. Manalah tau, ekonomi akan datang macam mana.Ekonomi negara tahun lepas, 2009 pun boleh tahan teruknya jika nak dibandingkan pada tahun 1998. Manalah tau kita mungkin salah seorang yang akan diberhentikan kerja. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan'.

p/s :
1) Keluarkan diri anda dari zon selesa sekarang!
2) Nak lebih, kenalah usaha lebih!
3) Berapa harikah anda boleh hidup jika anda berhenti kerja esok?




















Tuesday, July 6, 2010

Ilmu Itu Perlu Dicari

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua =)
Semoga anda sihat hendaknya. Ayuh, mari kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan menyebut lafaz Bismillahirahmanirrahim...

Sebelum dan selepas aku melibatkan diri didalam dunia emas ni,banyak benda yang perlu aku pelajari.Semakin aku belajar tentang emas,semakin aku sedar yang ilmu Allah s.w.t ini sangat luas! Subhanallah!Allahuakbar! Banyak benda yang kita tidak tahu bila da belajar ni.Oleh itu wahai saudara-saudaraku,marilah kita belajar ilmu baru dari masa ke semasa.Tidak kiralah kita belajar secara formal,informal mahupun nonformal.Kehidupan kita ini tak boleh berhenti belajar sehinggalah kita menghembuskan nafas yang terakhir.

Sebelum aku lebih berminat dengan emas ni,aku hanya kenal yang emas ni sejenis logam berharga yang berwarna kuning dan nilainya ditentukan segaram emas.Itu saja.Tak lebih dari itu!Alhamdulillah,dengan kesedaran dan perkongsian ilmu emas ini dari abang sulungku, Mohammad Syahman,aku mula tersedar yang emas ni mempunyai nilainya yang tersendiri selain ianya boleh dok di pajak.Bermula dengan saat itulah,aku mula minat secara mendalam dengan dunia emas.Segalanya bermula dari membaca ebook oleh Syukor Hashim iaitu penulis ebook "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" dan Abd Hafiz Wasa iaitu penulis ebook "Emas-Emas Yang Hilang". Anda boleh dapatkan ebook mereka di laman sesawang http://jutawanemas.com/

Di Dunia Maya Facebook,aku mula kenal dengan Zakaria Ismail a.k.a Pokya iaitu Master Dealer Public Gold.Aku mula bersuai kenal dengan rakan-rakan Public Gold, (PG) NUBEX, dan lain-lain.Banyak maklumat dan pengalaman mereka aku dapat.Sehinggalah aku terbaca jadual seminar emas percuma yang dianjurkan oleh PG.Apa lagi,terus datang dan berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam dunia emas.Betullah,bila kita nak jadi seperti mereka yang berjaya,kita kena duduk dengan orang yang berjaya.Barulah diri ni ada rasa nak berjaya seperti mereka.Bagi korang yang da duduk dengan mereka yang berjaya, TAHNIAH! Itu merupakan satu langkah pertama untuk berjaya!


Syukor Hashim sedang buat talk


Pokli sedang bagi penerangan


Aku Dengan Abang Fazli a.k.a Pokli


Aku Dengan Shukor Hashim


Aku Dengan Abang Azman a.k.a Goldjeman


Abang Zakaria Ismail a.k.a Pokya


Senyum!

Memang tidak rugi hadir ke seminar emas ni.Banyak manfaat yang boleh dikongsikan bersama.Memulakan perniagaan emas ni tak semudah yang disangka.Kita perlulah mendalami Ilmu tentang emas dan perlu mengambil tahu hal isu-isu semasa jika ada orang yang bertanya kepada kita.Jika mereka datang bertanya,jangan malu dan kedekut untuk dikongsikan.Walau apa pun bidang dan kemahiran kita,apa yang penting,kita mesti ada minat dan seronok melakukannya.Barulah kerja yang kita buat tu rasa best dan puas! Tambahan lagi,kita perlu rajin membaca buku-buku yang berkaitan dengan bidang kita.Banyak membaca,banyak maklumat tambahan yang diperolehi.Ingatlah, bangsa yang maju ialah bangsa yang rajin membaca.Wassalam...

p/s :
  1. Ilmu Allah itu sangat luas! Subhanallah..
  2. Dalami ilmu yang dalam bidang kita fokuskan.
  3. Ilmu itu perlu dicari.
  4. Duduk dengan orang jual minyak wangi,akan dapat wangi daripadanya.
  5. Malu bertanya,sesatlah kita!
  6. Kejayaan mereka,inspirasi kita.Insyaallah,kita mampu berjaya seperti mereka yang sudah berjaya.
  7. Mantapkan usaha untuk berjaya!!!










Saturday, June 26, 2010

Potensi Emas

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua =D
Semoga kehidupan seharian kita hari ini lebih baik daripada semalam,esok lebih baik daripada hari ini.Amin...

Hari ni aku nak kongsikan kepada anda semua tentang potensi emas dalam jangka masa tertentu."Hah? Emas ada potensi ker?Macam mana tu?Cerita la skit". Tanya mereka yang ingin tahu dengan lebih mendalam.Jawab aku,"Ya! Emas ada potensinya sendiri." Untuk pengetahuan anda,keuntungan emas adalah yang tertinggi jika hendak dibandingkan dengan dividen Amanah Saham Berhad (ASB).Dividen ASB setahun adalah 7-8% sahaja.Tetapi,purata kenaikan emas setahun adalah sekitar 27%!!!! Yakni 3 kali ganda lebih!!!Terkejut???Inilah hakikatnya.Anda boleh melihat sejarah kenaikan emas di laman sesawang http://www.kitco.com/ .Pilih chart and data.Anda boleh pilih samada anda ingin mengetahui carta secara lansung (live chart) atau sejarah carta (history chart). Suka saya kongsikan kepada anda kenaikan emas tahun ini selama 30 hari, 60 hari, 6 bulan, 1 tahun, 5 tahun dan 10 tahun dari sekarang,yakni tahun 2010.

1 auns = 31.105 gram.

kenaikan emas dalam 30 hari


kenaikan emas dalam 60 hari


kenaikan emas 6 bulan


kenaikan emas 1 tahun


kenaikan emas 5 tahun

kenaikan emas 10 tahun


Sekarang anda dapat melihat kenaikan emas dalam tempoh tersebut.Harga emas ada turun naiknya.Namun secara puratanya,harga emas akan terus naik samada ianya naik mencanak tinggi (trend harga menaik).Begitu juga turunnya harga emas secara menjunam (tren harga menurun).Jadi,anda sememangnya tidak berasa rugi jika anda menyimpan emas kerana, emas merupakan aset bukan liabliti.Aset ialah,sesuatu barangan yang mana harganya akan meningkat pada masa akan datang seperti menyimpan emas, perak, hartanah dll.Manakala liabliti ialah sesuatu barangan yang tidak memberi pulangan.Kadang-kala ianya boleh membebankan kita.Seperti kereta.Kita terpaksa menyara kereta seperti servisnya bila cukup masa,tukar tayarnya bila da haus, bagi minumnya dengan isi petrol dll.Tu tak campur bagi lagi dengan mereka yang sangat berminat untuk modified kereta..ish, ish, ish...banyak duit dihabiskan disitu..

p/s :
  1. Emas jika disimpan 1 tahun, anda boleh dapat untung.Tapi,banyak untungnya jika simpan lebih 1 tahun.
  2. Bagi mereka yang kaki modified kereta,ingat semula tujuan asal penggunaan kereta.Penggunaan kereta bertujuan membawa kita dari destinasi A ke destinasi B.Ingat!Tidak lebih dari itu!
  3. Yang mana satukah pilihan anda? Antara keuntungan 8% atau 27%? Kuasa di tangan anda.





Saturday, June 19, 2010

Emas Pertamaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera =)
Apa khabar anda semua? Diharap anda semua sihat walafiat.

Aku apa kabar? Alhamdulillah...aku disini ter'lebih' sihat.Hehe..Untuk pengetahuan semua,aku merupakan ahli baru blogger setelah sekian lama blog diperkenalkan pada tahun 1999.Firstly,aku nak bagitau korang yang aku merupakan promoter emas Public Gold (PG).Sebelum aku mengorak langkah menjadi promoter,aku ada membeli emas keluaran PG nih.Alhamdulillah,setakat ni aku ada 1 Dinar 6 keping dan gold bar 20 gram 1 ketul.Macam tak caya aku beli emas! Kemudian,aku follow up master-master agent PG ni sehinggalah aku masuk kelas seminar emas diorang.Semenjak aku hadirkan diri untuk 2 seminar emas tu,aku dapat merasakan yang emas mempunyai nilainya yang tersendiri. Jadi aku ditawarkan oleh Master agent PG,Zakaria Ismail@Pokya untuk menjadi promoter dia.Lantas aku pun terus ambil peluang yang diberi.Peluang depan mata tu beb.Rasa sayang lak nak lepaskan gitu saja.





Public Fine Gold International (PFGI) mengeluarkan 7 jenis produk kepada bakal pembeli emas.Dibawah PFGI,ia mempunyai Public Dinar (PD), Pulic Gold (PG) dan lain2. Untuk PD produk yang ditawarkan ialah 1 Dinar (4.25 gram), 5 Dinar (21.25 gram) dan 10 Dinar (42,5 gram).Manakala PG pula, bar emas 20 gram, 50 gram, 100 gram dan syiling 50 gram.




Spesifikasi Public Dinar



Spesifikasi Public Gold




Jadi,kalau sesiapa yang berminat untuk membeli emas dari aku,bolehlah hubungi aku di talian 017-6323800 dan 013-2955679. Siapakah yang mesti beli emas dari aku?


  1. Mereka yang ingin melaksanakan syariah Islam dengan membeli Dinar Dirham.
  2. Mereka yang menyedari tentang kebernilaian emas.
  3. Mereka yang mempunyai lebihan duit untuk ditukarkan kepada emas.
  4. Mereka yang ingin menambah stok emas baru.
  5. Mereka yang baru menjinakkan diri dalam pelaburan emas.
  6. Mereka yang sedar kelemahan duit fiat @ kertas yang sekadar kertas yang dicetak.
  7. Mereka yang mahu mengekalkan harta kekayaan.
  8. Mereka yang mengetahui inflasi akan terus naik.
  9. Mereka yang nampak nilainya emas semakin hari semakin mencanak naik.
  10. Mereka yang sedang mencari pelaburan alternatif.
  11. Mereka yang...lain-lainlah yang berkaitan.Banyak sangat nak menaip.10 da cukup kot.Hehehe =)





















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...