Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ya Ramadhan


Dikesempatan masa yang ada, kami dari KSP GOLD TRADING (SA0166394-H) memohon jutaan kemaafan andainya ada silap salah mahupun kekurangan dari pihak kami. Insyaallah, kami akan memberikan yang terbaik untuk anda! Tinggal 7 jam dari artikel ini ditulis (12.30 t/hari) kita akan bertemu dengan bulan yang mulia, bulan Ramadhan. Mari kita perlipat gandakan amalan sunat. Inilah masanya kita merebut peluang yang hadir. Semoga Ramdhan kita tahun ini adalah jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Insyaallah :)

Tuesday, June 5, 2012

Bank Boleh Bangkrup Jika...

Apakah yang akan terjadi jika manusia satu dunia mengeluarkan duit mereka secara serentak di bank? Kena pulak si pendeposit tu lain-lain pendapatan. Ada yang simpan ratus, ribu, juta, ratus juta dll. Apakah mampu bank bayar on the spot? Sudah tentu tidak mampu atau dengan kata kasarnya, bank tak de duit!!! Pelikkan? Bank tak de duit..tak percaya? Northen Rock adalah contohnya. Nak cetak duit baru, kena berhutang pulak..hutang bukan sikit-sikit ma. Main trilion tu. Jadi,apakah penyelesaiannya? Ada! Jangan bimbang.

Tukarkan duit kertas anda kepada emas fizikal! Hah? Kenapa? Kenapa mesti emas? Kenapa tidak yang lain? Sebabnya, emas mudah dicairkan. Tambahan, emas diiktiraf diseluruh dunia. Jadi, anda nak tunaikan duit boleh dimana-mana di atas muka bumi Allah ini. Secara tak langsung anda tidak perlu ke money changer sebab kalau anda jual emas di Tahiland, duitnya dalam matawang Bath. Kalau jual di Amerika, dapatlah duit USD dll. Menarik bukan? Kita sendiri yang tentukan kewangan kita. 

Tiada emas fizikal? Hehe..pun jangan bimbang sebab kami boleh bekalkan emas fizikal kepada anda. Mau berat berapa? Boleh saja hubungi kami di talian 013-2955679. Kami sedia membantu serta memberikan pencerahan tentang emas :)



Monday, May 21, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Rejab

Alhamdulillah, sedar tak sedar, kita sudah berada di ambang bulan Rejab. Bersyukurlah kita dipanjangkan umur sebelum kita bertemu dengan bulan Sya'ban dan Ramadhan. Bermakna kita berpeluang menambah amal kebaikan selagi kita masih bernafas. Disini, saya ingin kongsikan doa bulan Rejab beserta dengan maknanya supaya kita lebih faham. Tambahan ada hadisnya dan peristiwa penting dalam bulan Rejab. Kita juga disunatkan berpuasa pada hari ini. Selamat berpuasa. Semoga puasa kita mendapat keberkatan dan keredhan daripada Allah s.w.t jua. Ahla wa sahlan ya Rejab...Syukur :)

Thursday, May 17, 2012

Kenali Emas

Semua orang tau yang emas ini sangat berharga. Bahkan satu dunia penduduk di bumi mengiktirafkannya. Hebat bukan? Emas tetap bernilai walaupun dalam bentuk cebisan, serbuk, ketulan-ketulan, syiling dll. Jika anda sendiri mengakui emas adalah logam yang sangat berharga, sudahkah anda menyimpan emas?

Monday, May 7, 2012

Emas Menyelamatkan Anda Dari Kemiskinan


Nak kaya bukan boleh kaya sesenang beb! Kena ada usaha nak kaya. Begitu jugak dengan emas. Emas tidak boleh membuatkan anda kaya dengan cepat tapi boleh menyelamatkan anda dari kemiskinan dek inflasi. Mana anda mahu? Banyak kertaskah atau banyak aset?

Rugi RM411.19 Juta

Zaman sekarang ni banyak benar penipuan skim pelaburan emas. Tapi yang masuk skim tu pun bodoh benar. Sebanyak RM411.19 juta lenyap begitu sahaja. Emasnya? Emasnya tiada dalam tangan. Bukan emas fizikal. Belilah emas dapat emas. Bukan beli emas, tak dapat emas. Apa itu emas fizikal? Emas fizikal ialah emas ada di dalam tangan anda. Anda boleh pegang, sentuh, rasa malahan anda boleh gigit emas itu. Ingat! Jangan sesekali libatkan diri dalam skim cepat kayap ni. Anda sendiri yang rugi. Sebelum masuk selidik dulu syarikat tersebut :)

Friday, April 27, 2012

Skim Cepat Kayap

Katakan TIDAK!
 
 Jauhilah Skim Cepat Kayap! Sebelum masuk sila selidik dulu sebelum nasik jadik bubur sebab bubur tak boleh buat Nasi Goreng Pattaya..hihihihi ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...