Tuesday, January 17, 2012

Royal Safe Deposit Box (RSDB)

Setelah jenjalan cari peti keselamatan di SDB di Summit, singgah untuk survey jap Royal Safe Deposit Box (RSDB) di Mentari Business Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Agak sibuk lagi sesak datang sini naik kereta. Aku prefer naik motor lagik dari naik kereta sebab jem. Tempatnya dekat tapi bila mana da jem,tempat dekat jadi lamaaa gitu..RSDB ni terletak satu bagunan dengan opis Public Gold (PG) cawangan Sunway. PG ada join venture dengan RSDB untuk simpan stok emas fizikal diorang disini.Senang koje..selamat pun selamat..hihi

Ini pintu masuk RSDB di tingkat bawah sekali. Senang korang nak berurusan. Tak perlu panjat tangga. Turun dari kereta,terus masuk.Alamat : 42A-1 Jalan PJS 8/6, Mentari Business Park,46150 Bandar Sunway, Petaling Jaya.


 Pun sama,ada 5 pilihan kotak keselamatan yang ditawarkan. Dari sekecik kotak sehingga segabak. Kalau korang banyak barang berharga nak simpan, better amik yang besar teruss..


Ini rates harga bagi RSDB. Ianya agak mahal tapi cover insuransnya cukup besar iaitu RM100k untuk satu kotak. Tak kira la kecik ke besau.Berbaloi-baloi tuu..RSDB menawarkan pelan sehingga 5 tahun ko! Puas hatila..walaupun beribu tapi untuk sekali sahaja..kena bayar balik semula 5 taon akan datang..macam-macam oo boleh berlaku lima tahun..mungkin aku da kahwin kot..haha



Saturday, January 14, 2012

Safe Deposit Box (SDB)

Korang masih tercari-cari tempat yang paling selamat untuk menyimpan benda-benda yang berharga? SDB adalah tempatnya! Aku sebenarnya da lama mencari peti simpanan ni.Alhamdulillah, aku sudah jumpa! Safe Deposit Box (SDB) terletak di dalam bangunan Summit yang terletak ditingkat 2..Mula-mula sampai,pergh...orennya...warna yang menyerlah dan timbul..alang-alang da sampai sini,banyak benda aku tanya dekat pekerja situ..sesambil tu,aku snap beberapa gambar untuk korang lihat sendiri produk yang ditawarkan oleh SDB ni..
Ada 5 pilihan kotak mengikut saiz yang anda inginkan
Kiri : 3"x5"x24", 5"x5"x24", 3"x10"x24", 5"x10"x24" dan 10"x10"x24"
Ada dua kunci keselamatan. 1 kunci anda pegang, 1 kunci lagi pihak SDB pegang. Bermakna, nak buka kotak ni,wajib ada 2 kunci.1 kunci tak boleh!

Pintu masuk SDB dengan warna temanya oren
Alamat : Lot S2. 15, 2nd Floor, The Summit Subang, USJ 1, 47600 UEP, Subang Jaya.
Tel : 03-8024 8889 / 8024 3389

Pintu masuk secara mengadap. Setiap box mempunyai insurans sebanyak RM10,000. Bank Islam, Asian Finance Bank, AmBank dan Bank Simpanan Nasional merupakan bank yang menggunakan perkhidmatan SDB. Giler cool!

SDB berada di tingkat 2 bangunan Summit. Lepas simpan barang, boleh jalan-jalan window shopping sekali..rambang mataaa..

Harga yang ditawarkan.Cukup murah lagi berpatutan! Lebih-lebih lagi jika anda sewa untuk 2 tahun.Diatas tu,perbandingan harga jika sewa 1 tahun dan 2 tahun. Untuk box kecil, sewaannya serendah RM80/tahun! Cukup murah dan berpatutan!
Bagaimana? Perlukah korang sewa peti keselamatan SDB ni? Bagi aku,ianya sangat perlu. Dikala zaman sekarang jenayah berleluasa, adalah sebaiknya kita hindari barang berharga kita hilang secara keseluruhannya (total lost). Tambahan,korang balik kampung atau pergi bercuti sekalipun, korang boleh bercuti tanpa risau! Peace of mind beb! Untuk maklumat lanjut, layari :
www.safedepositbox.com.my

Tuesday, January 10, 2012

Tahniah Kepada Pemenang

TAHNIAH SAUDARA KUSAINI!!!
Tahniah sekali lagi kepada saudara Muhammad Kusaini Bin Rosli kerana memenangi peraduan 'Teka Berat Emas'  yang di anjurkan oleh kami, KSP Gold Trading. Atas kejayaan itu, sauadara Kusaini telah membawa pulang hadiah berupa 2 gram perak yang comel lagi menarik! Sebagaimana yang semua maklum, emas perak merupakan suatu aset yang cukup bernilai yang mampu menyelamatkan anda dari kemiskinan dek kenaikan inflasi setiap tahun!

Insyaallah, kami akan terus membuat peraduan seperti ini dengan cara yang berbeza-beza supaya tampak lebih segar dan anda lebih bersemangat untuk menyertainya. Setiap peraduan yang kami laksanakan adalah PERCUMA sahaja! Tiada sebarang pembelian. Hanya mendaftar sebaai follower kami. Siapalah kami jika tiada anda. Kami amat menghargainya setiap sokongan yang anda beri! 

Doakan kami kaya dan berjaya dalam perniagaan emas kami. Semoga anda juga turut kaya dan berjaya dalam bidang serta kepakaran masing-masing! 

Nak atau tak nak?
Segala kuasa di tangan anda!
The power in your hand!


Wednesday, December 28, 2011

Peraduan Teka Berat Emas

Buat julung kalinya,kami di KSP GOLD TRADING mengadakan 'Peraduan Teka Berat Emas' khasnya kepada semua rakan Facebook kami. Hadiah menarik semestinya menanti anda!

Syarat-Syarat Penyertaan :
  1. Anda dikehendaki menjadi 'follower' kami di blog ini, http://emasgram.blogspot.com terlebih dahulu sebelum menyertai peraduan.
  2. Sila letakkan nama sebenar anda seperti mana di dalam Facebook. Ia bertujuan untuk memudahkan kami mengenal pasti peserta yang menyertai peraduan ini.
  3. Jawapan yang paling tepat atau hampir dikira sebagai pemenang.
  4. Peraduan bermula pada 29 Disember 2011 sehingga 7 Januari 2012.
  5. Nama pemenang akan diumumkan pada 8 Januari 2012 di dalam Facebook.
  6. Anda boleh meneka seberapa banyak yang boleh dengan syarat,anda mestilah memadamkan (remove) tekaan lama anda. Kemudian memasukkan tekaan baru di ruangan komen blog dibawah.
  7. Pihak kami sedia menukarkan hadiah lain yang sama nilainya.
  8. Sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi di 013-2955679.
  9. Keputusan penganjur adalah muktamad serta penganjur berhak untuk membuat pindaan yang ada.
  10. Peserta yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan, tekaan jawapan tidak di ambil kira malah komennya akan di buang.

SELAMAT MENEKA BERAT EMAS!!! =)

Teka Berat Emas Ini !

Klu : Berat kesemuanya dalam 100gm +- (tidak sampai 200 gm)
Klik gambar untuk imej besar dan jelas


Hadiah Menarik Menanti Anda!

2 gram jongkong perak yang cantik, halus lagi comel!
Gambar Kuda dan Badak.
Beserta dengan bekas hitam.

 Pandangan Depan

Pandangan Belakang


SELAMAT MENCUBA!

SEMOGA ANDA BERJAYA!



Monday, December 19, 2011

AWAS! Syiling Palsu 50 Sen!

Sila ambil perhatian duit syiling palsu RM0.50 ini! Terdapat perbezaan antara tulen dan palsu.Sila perhatikan gambar ini dan bandingkan!


Kiri : gambar Bunga Raya yang tidak timbul (sedikit besar), agak berkilau
Kanan : gambar Bunga Raya timbul (sedikit kecil), kurang berkilau


Kiri : gambar Wau sedikit besar dan kurang timbul
Kanan : gambar Wau sedikit kecil dan timbul

Dapat yang mana satu tulen dan palsu? Gambar kiri tu adalah PALSU! Aku dapat duit ni daripada kawan aku.Kawan aku sendiri pun tidak sangka duit syiling ini duit palsu. Alhamdulillah tidak banyak dapat,cuma RM3 sahaja. Kepada anda,berhati-hatilah =)










Monday, October 24, 2011

Fakta Dari AKPK

2 gambar menggambarkan 1001 mesej yang disampaikan

 Wujudnya AKPK sedikit sebanyak membantu mereka



Dimanakah anda?

Mampukah kita mengurangkan hutang?

atau

Hutang terus bertambah?

Fikir-fikirkan

Yang penting berhutang mengikut kemampuan bajet anda!



Saturday, October 1, 2011

Pemilihan Lokasi Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera=D
Disini aku nak berkongsi sedikit apa yang ada sekitar apartment aku di Seri Angkasa, Seksyen 28, Shah Alam. Tapi sebelum tu, pemilihan lokasi amat penting supaya market value (mv) rumah kita cepat meningkat...lokasi mestilah strategik dan yang paling penting, mudah untuk dapatkan keperluan harian..kalau jauh pun payah jugakkan? Aku cukup puas hati lokasi rumah aku beli sebab apa? hehe..inilah sebabnya :

  1. Kafa Integrasi Darul Quran
  2. Kedai Bingkai GambarDan Cermin Mata
  3. Kedai Serbaneka
  4. Kedai SINGER (menawan keluarga bahagiaaaa...)
  5. Kedai Makan 24 Jam
  6. KFC
  7. Seven Eleven (7-11)
  8. Kedai Dobi.
  9. Kedai Kaca Mata
  10. Kedai Komputer
  11. Kedai Kek
  12. Cosway
  13. Avon
  14. Kedai Baju Karnival
  15. Kedai Salun Dan Dandan
  16. Klinik Aman
  17. Kedai Gambar
  18. Kedai Tayar
  19. Kedai Handphone
  20. Kedai Buku
  21. Pusat Tuisyen
  22. Kedai Air-Condition
  23. Guardian
  24. Kafe Siber
  25. Kedai Perabot
  26. Klinik Shah Alam
  27. Kedai Gunting Rambut
  28. Speedmart
Jenuh gak aku round satu taman dan ambil catatan apa yang ada di sekitar Seri Angkasa..tapi tersangatlah puas hati aku..haha..Nampak? Serba lengkap ada..senang nak cari keperluan harian..setakat makanan dan minuman bagi aku,tiada masalah..sebab aku suka makan..hihi..Jadinya,lokasi tu amat penting! Sebelum beli rumah, buat survey dulu..

Lokasi! Lokasi! Lokasi! =)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...