Tuesday, January 17, 2012

Royal Safe Deposit Box (RSDB)

Setelah jenjalan cari peti keselamatan di SDB di Summit, singgah untuk survey jap Royal Safe Deposit Box (RSDB) di Mentari Business Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Agak sibuk lagi sesak datang sini naik kereta. Aku prefer naik motor lagik dari naik kereta sebab jem. Tempatnya dekat tapi bila mana da jem,tempat dekat jadi lamaaa gitu..RSDB ni terletak satu bagunan dengan opis Public Gold (PG) cawangan Sunway. PG ada join venture dengan RSDB untuk simpan stok emas fizikal diorang disini.Senang koje..selamat pun selamat..hihi

Ini pintu masuk RSDB di tingkat bawah sekali. Senang korang nak berurusan. Tak perlu panjat tangga. Turun dari kereta,terus masuk.Alamat : 42A-1 Jalan PJS 8/6, Mentari Business Park,46150 Bandar Sunway, Petaling Jaya.


 Pun sama,ada 5 pilihan kotak keselamatan yang ditawarkan. Dari sekecik kotak sehingga segabak. Kalau korang banyak barang berharga nak simpan, better amik yang besar teruss..


Ini rates harga bagi RSDB. Ianya agak mahal tapi cover insuransnya cukup besar iaitu RM100k untuk satu kotak. Tak kira la kecik ke besau.Berbaloi-baloi tuu..RSDB menawarkan pelan sehingga 5 tahun ko! Puas hatila..walaupun beribu tapi untuk sekali sahaja..kena bayar balik semula 5 taon akan datang..macam-macam oo boleh berlaku lima tahun..mungkin aku da kahwin kot..haha



Saturday, January 14, 2012

Safe Deposit Box (SDB)

Korang masih tercari-cari tempat yang paling selamat untuk menyimpan benda-benda yang berharga? SDB adalah tempatnya! Aku sebenarnya da lama mencari peti simpanan ni.Alhamdulillah, aku sudah jumpa! Safe Deposit Box (SDB) terletak di dalam bangunan Summit yang terletak ditingkat 2..Mula-mula sampai,pergh...orennya...warna yang menyerlah dan timbul..alang-alang da sampai sini,banyak benda aku tanya dekat pekerja situ..sesambil tu,aku snap beberapa gambar untuk korang lihat sendiri produk yang ditawarkan oleh SDB ni..
Ada 5 pilihan kotak mengikut saiz yang anda inginkan
Kiri : 3"x5"x24", 5"x5"x24", 3"x10"x24", 5"x10"x24" dan 10"x10"x24"
Ada dua kunci keselamatan. 1 kunci anda pegang, 1 kunci lagi pihak SDB pegang. Bermakna, nak buka kotak ni,wajib ada 2 kunci.1 kunci tak boleh!

Pintu masuk SDB dengan warna temanya oren
Alamat : Lot S2. 15, 2nd Floor, The Summit Subang, USJ 1, 47600 UEP, Subang Jaya.
Tel : 03-8024 8889 / 8024 3389

Pintu masuk secara mengadap. Setiap box mempunyai insurans sebanyak RM10,000. Bank Islam, Asian Finance Bank, AmBank dan Bank Simpanan Nasional merupakan bank yang menggunakan perkhidmatan SDB. Giler cool!

SDB berada di tingkat 2 bangunan Summit. Lepas simpan barang, boleh jalan-jalan window shopping sekali..rambang mataaa..

Harga yang ditawarkan.Cukup murah lagi berpatutan! Lebih-lebih lagi jika anda sewa untuk 2 tahun.Diatas tu,perbandingan harga jika sewa 1 tahun dan 2 tahun. Untuk box kecil, sewaannya serendah RM80/tahun! Cukup murah dan berpatutan!
Bagaimana? Perlukah korang sewa peti keselamatan SDB ni? Bagi aku,ianya sangat perlu. Dikala zaman sekarang jenayah berleluasa, adalah sebaiknya kita hindari barang berharga kita hilang secara keseluruhannya (total lost). Tambahan,korang balik kampung atau pergi bercuti sekalipun, korang boleh bercuti tanpa risau! Peace of mind beb! Untuk maklumat lanjut, layari :
www.safedepositbox.com.my

Tuesday, January 10, 2012

Tahniah Kepada Pemenang

TAHNIAH SAUDARA KUSAINI!!!
Tahniah sekali lagi kepada saudara Muhammad Kusaini Bin Rosli kerana memenangi peraduan 'Teka Berat Emas'  yang di anjurkan oleh kami, KSP Gold Trading. Atas kejayaan itu, sauadara Kusaini telah membawa pulang hadiah berupa 2 gram perak yang comel lagi menarik! Sebagaimana yang semua maklum, emas perak merupakan suatu aset yang cukup bernilai yang mampu menyelamatkan anda dari kemiskinan dek kenaikan inflasi setiap tahun!

Insyaallah, kami akan terus membuat peraduan seperti ini dengan cara yang berbeza-beza supaya tampak lebih segar dan anda lebih bersemangat untuk menyertainya. Setiap peraduan yang kami laksanakan adalah PERCUMA sahaja! Tiada sebarang pembelian. Hanya mendaftar sebaai follower kami. Siapalah kami jika tiada anda. Kami amat menghargainya setiap sokongan yang anda beri! 

Doakan kami kaya dan berjaya dalam perniagaan emas kami. Semoga anda juga turut kaya dan berjaya dalam bidang serta kepakaran masing-masing! 

Nak atau tak nak?
Segala kuasa di tangan anda!
The power in your hand!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...